Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesatuan-kesatuan guru rujuk 60 kes kepada MOE setiap tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Kesatuan-kesatuan guru rujuk 60 kes kepada MOE setiap tahun

(Gambar: Kementerian Pendidikan/Facebook)

SINGAPURA: Kesatuan-kesatuan guru di Singapura secara keseluruhannya merujuk 60 kes kepada Kementerian Pendidikan (MOE) setiap tahun, berhubung isu-isu ketidakadilan dalam penilaian prestasi serta kerahan tempat bertugas.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Anggota Parlimen (AP) Dilantik Abdul Samad Abdul Wahab, MOE mendedahkan bahawa antara isu yang diutarakan termasuk rasa tidak puas hati atau hubungan di tempat kerja, serta permintaan berhubung isu tugas atau cuti.

Semasa sesi parlimen bulan lalu, Encik Abdul Samad menyatakan bahawa kesatuan guru menerima lebih 1,000 aduan setiap tahun.

Aduan-aduan itu terdiri daripada pengurusan tingkah laku murid serta isu berkaitan kesihatan mental atau perkembangan kerjaya guru.

MOE jelaskan pada Selasa (4 Okt) bahawa ia menjalankan tindakan lanjut terhadap semua kes yang dirujukkan kepadanya oleh kesatuan-kesatuan tersebut.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan