Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesatuan Guru S'pura sambut baik langkah kenaikan gaji

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Singapura mengalu-alukan langkah itu yang sudah lama dinantikan.

Kesatuan itu juga berharap gaji para guru akan terus disemak sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

Ia menambah adalah penting untuk mengiktiraf dan mengekalkan guru-guru yang berpengalaman.

Mengulas mengenai pengumuman langkah tersebut baru-baru ini, Setiausaha Agung Kesatuan Guru, Encik Mike Thiruman berkata bahawa semakan gaji yang kerap adalah penting terutama di Singapura kerana ia memastikan kerjaya pendidikan sehaluan dengan pasaran yang lain. Bukan itu sahaja, Encik Mike juga menyatakan kerumitan tugas guru itu perlu diberikan gajaran yang sepadan.

Sungguhpun demikian, beliau menegaskan bahawa ia bukan hanya mengenai gaji semata-mata tetapi berhubung keseimbangan kerja dan kehidupan serta beban kerjanya.

Encik Mike meluahkan harapannya agar Kementerian Pendidikan dapat menangani hal-hal demikian juga.
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan