Skip to main content

Singapura

Kesan teruk Omicron tiada beza dengan jujukan lain: kajian

Anggaran Waktu Membaca:
Kesan teruk Omicron tiada beza dengan jujukan lain: kajian

Gambar mikroskop elektron penularan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. (Gambar fail: AFP, edaran Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Nasional)

SINGAPURA: Jujukan Omicron virus SARS-CoV2 pada hakikatnya adalah sama teruk dengan varian-varian sebelum ini, tidak seperti andaian yang dibuat dalam kajian sebelumnya, yang menyatakan ia lebih mudah berjangkit tetapi kurang teruk, menurut satu kajian besar di Amerika Syarikat.

"Kami mendapati bahawa risiko dimasukkan ke hospital dan kematian adalah hampir serupa antara tempoh-tempoh berlainan," kata empat saintis yang menjalankan kajian tersebut berdasarkan rekod 130,000 pesakit COVID-19, sambil merujuk kepada tempoh dua tahun lalu apabila varian-varian lain dominan di seluruh dunia.

Kajian itu, yang sedang disemak di Nature Portfolio dan diterbitkan di Dataran Penyelidikan pada 2 Mei, sudah disesuaikan termasuk demografi, status vaksinasi dan indeks komorbiditi Charlson yang meramalkan risiko kematian dalam tempoh setahun selepas dimasukkan ke hospital bagi pesakit yang menghidapi masalah kesihatan tertentu, lapor Reuters.

Kajian-kajian yang mengandaikan bahawa kesan varian Omicron kurang teruk dijalankan di pelbagai tempat termasuk Afrika Selatan, Scotland, England dan Kanada, kata saintis dari Hospital Umum Massachusetts, Universiti Minerva dan Sekolah Perubatan Harvard.

Mereka berkata bahawa kajian mereka mungkin mempunyai beberapa batasan, termasuk kemungkinan ia kurang menganggarkan bilangan pesakit yang diberi vaksin dalam gelombang COVID-19 baru-baru ini dan jumlah jangkitan, kerana ia tidak termasuk pesakit yang melakukan ujian pantas di rumah.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita