Kesan tempias cukai kereta mewah punca harga COE cecah paras rekod tinggi, kata pemain industri
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Cukai yang direka khusus bagi menyasarkan pembeli kereta mewah sudah menyebabkan harga memiliki sebuah kereta lebih tinggi untuk semua orang dalam pasaran umum, kata para pemain industri.
Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kedua-dua kereta kecil dan besar dalam kategori A dan B mencecah paras rekod tinggi pada bulan lalu. Ia berpunca daripada kesan tempias berikutan kenaikan pada cukai bagi kereta mewah pada Februari, menurut penjual kereta.
Sedang lebih ramai pembeli mendapati kereta mewah di luar kemampuan mereka, mereka berpaling daripada kenderaan tersebut, di mana kebanyakannya memerlukan COE Kategori B kerana ia lebih besar dan berkuasa lebih tinggi.
Sebaliknya, ramai pengguna sudah beralih kepada kenderaan lebih kecil atau kereta terpakai.
"Dengan pelaksanaan cukai mewah, pemilik kereta yang pernah memiliki kereta Kategori B (mungkin) berhadapan dengan kekangan kewangan untuk terus memiliki sebuah kereta dalam katergori itu disebabkan cukai tersebut," kata Profesor Madya Raymond Ong dari Jabatan Kejuruteraan Sivil dan Persekitaran Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Mereka akan beralih untuk memiliki sebuah kereta Kategori A... atau kereta terpakai. Ini adalah apa yang mungkin kami perhatikan berikutan harga Kategori A mencecah paras rekod tertinggi dalam bidaan lalu."
Premium COE bagi Kategori A, iaitu untuk kereta di bawah 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 97kW (130bhp), ditutup pada S$93,503 pada 22 Mac.
PENJUALAN KERETA KATEGORI A MENINGKAT
Para penjual kereta berkata mereka menyaksikan pertanyaan dan penjualan kenderaan dalam kategori A meningkat sejak cukai baru itu dilaksanakan.
Salah satu syarikat import kereta, Cars & Stars, menyatakan walaupun para pembeli baru-baru ini kurang berminat dengan kereta mewah, penjualan kenderaan Kategori A melonjak hampir 30 peratus.
MENGAPA PREMIUM KATEGORI B MELONJAK?
Untuk menurunkan harga, penjual kereta menggunakan COE Kategori Terbuka yang tersedia kerana harga tersebut sudahpun ditetapkan, kata pengarah Vin's Automotive Galving Khong.
"Kebanyakan penjual kereta yang mempunyai COE Kategori Terbuka sebelum ini, akan menukarkan COE itu untuk pembeli kereta mewah," katanya.
"Pada asalnya apabila mereka memegang COE Kategori terbuka ini, mereka mungkin sebenarnya menyimpannya untuk sesetengah pembeli kereta lain. Oleh kerana COE Kategori Terbuka itu sudah dijual, mereka perlu membida secara agresif untuk menggantikan COE ini buat para pelanggan mereka."
Encik Khong menjelaskan ini antara sebab Kategori B juga ditutup pada paras rekod S$116,201 pada bulan lalu.
KERETA KONGSI DAN SEWA KERETA
Semakin ramai orang tidak mampu memiliki kereta sedang harga COE melonjak naik bagi hampir semua kategori.
Para pemerhati industri mengatakan disebabkan perkara itu, syarikat-syarikat kereta kongsi atau sewa kereta berkemungkinan menyaksikan peningkatan pada jumlah pelanggan mereka.
Ia kemudian mungkin membawa kepada syarikat-syarikat tersebut membeli lebih banyak kenderaan Kategori A untuk menambah jumlah kereta yang ditawarkannya.
Pemerhati industri yang dihubungi Mediacorp meramalkan harga COE akan kekal tinggi, sedang bekalan bulanan dijangka kekal pada paras rendah hingga beberapa ratus buat dua tahun berikutnya, berdasarkan perangkaan pendaftaran lalu.
"Saya yakin harga COE yang tinggi berkemungkinan kekal atau sekurang-kurangnya naik pada kadar yang perlahan, terutamanya kerana masih ada permintaan," kata Prof Madya Ong.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.