Kesan tarif farmaseutikal Amerika ke atas SG masih belum jelas, kata pakar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Reuters/Edgar Su)
SINGAPURA: Kesan tarif farmaseutikal baharu Amerika Syarikat ke atas Singapura masih belum jelas, kata para pakar dan syarikat-syarikat farmaseutikal kepada Mediacorp.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis (25 Sep) bahawa tarif baharu sebanyak 100 peratus ke atas mana-mana produk farmaseutikal "berjenama atau berpaten" akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober – kecuali syarikat-syarikat tersebut membina kilang pengeluaran di Amerika.
Para pemain industri di Singapura berkata mereka sedang memantau situasi itu, dan sekurang-kurangnya sebuah syarikat memberitahu Mediacorp bahawa mereka bimbang tentang kesan susulan.

BACA
Pertubuhan penyelidikan perubatan Hilleman Laboratories menyatakan ia tidak menjangkakan kesan langsung ke atas operasi mereka di Singapura, tetapi membangkitkan kemungkinan berlaku kesan susulan.
"Walaupun kami tidak menjangkakan kesan langsung dengan segera, sifat rantaian bekalan global yang saling berkaitan bermakna kami kekal berwaspada tentang impaknya terhadap rantaian bekalan," katanya.
Terdapat risiko bahawa kos yang lebih tinggi akibat tarif boleh menjejas kemampuan dan cabaran terhadap akses, terutamanya untuk penduduk yang terdedah, tambah syarikat itu.
Apabila ditanya mengenai cabaran dalam menguruskan perubahan dasar tarif, Hilleman Laboratories menyatakan: "Cabaran utama adalah ketidakpastian."
"Perubahan pada dasar perdagangan boleh menjejaskan garis masa, sumber, dan perkongsian. Peranan kami adalah untuk menjangkakan perubahan ini sambil kekal teguh dengan komitmen saintifik dan kesihatan awam kami."
Syarikat bioteknologi BioNTech memberitahu Mediacorp bahawa ia "memantau situasi dengan teliti," walaupun ia menyatakan ia mempunyai loji pengeluaran di Amerika.
"Bersama rakan kongsi kami Pfizer, kami mempunyai loji pengeluaran di Amerika dan Eropah untuk vaksin COVID-19 kami," menurut BioNTech. Pfizer bertanggungjawab untuk memasarkan vaksin COVID-19 BioNTech di Amerika.
KESAN KE ATAS SG
Tarif Amerika ke atas import farmaseutikal mengancam sebahagian penting eksport Singapura – produk farmaseutikal membentuk kira-kira 13 peratus daripada eksport Singapura ke Amerika.
Tahun lalu, Singapura merupakan pengeksport barangan farmaseutikal keempat terbesar ke Amerika, menurut data dari Observatory of Economic Complexity.
Para pakar berkata kesan tarif ke atas Singapura masih belum jelas, bergantung kepada butiran dasar yang belum diumumkan.
Profesor Madya Wee Hwee Lin dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata kesan ke atas industri farmaseutikal Singapura mungkin terhad.
"Sukar untuk menilai buat masa ini, tetapi saya menjangkakan kesannya adalah minimum kerana kemudahan pengeluaran di Singapura kebanyakannya menghasilkan bahan farmaseutikal aktif dan bukannya produk muktamad," katanya.
Beliau menambah bahawa beliau "tidak terkejut" dengan pengumuman Amerika kerana terdapat "isyarat awal" daripada Encik Trump.
Dr Deborah Elms, ketua dasar perdagangan di pertubuhan filantropi Hinrich Foundation, memberi amaran bahawa walaupun dalam satu syarikat, produk yang berbeza mungkin dikenakan tarif atau tidak.
"Saya rasa ia agak tidak jelas... kerana anda perlu melihat bukan sahaja produk mana satu yang diimport dari luar negara yang berjenama, bukan generik, tetapi juga (sama ada) firma-firma itu menghasilkan produk domestik," katanya lagi.
"Walaupun ia bukan produk yang sama, ia agak tidak jelas. Jadi jika saya membuat produk 'A' di dalam negara, tetapi bukan produk 'B', bolehkah saya mengisytiharkan barisan penuh produk farmaseutikal saya dikecualikan daripada tarif ini?"
Dr Elms juga menyatakan bahawa walaupun syarikat memulakan pengeluaran di Amerika untuk mengisytiharkan diri mereka dikecualikan daripada tarif, ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah itu.
"Pada bila-bila masa, Trump pada masa hadapan boleh berkata, sebenarnya kemudahan anda belum menghasilkan ubat lagi, atau tidak menghasilkan ubat yang mencukupi, dan oleh itu... anda kini dikehendaki membayar tarif pada kadar 100 peratus," katanya.
"Justeru, ketidakpastian dalam sektor ini, dan sebenarnya, untuk semua produk yang dihantar ke Amerika, masih menjadi tanda tanya."
Bagi Singapura, Dr Elms berkata tarif boleh meimbulkan masalah kerana negara itu semakin melihat pengeluaran farmaseutikal sebagai eksport utama, dan Amerika adalah pasaran yang penting.
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Sabtu (27 Sep) berkata tarif itu mungkin tidak mempunyai kesan segera ke atas eksport syarikat farmaseutikal di Singapura, memandangkan kebanyakan sudah mempunyai rancangan untuk melabur di Amerika.

Beliau menambah bahawa kebanyakan eksport farmaseutikal negara ke Amerika adalah produk yang berpaten dan berjenama.
Produk farmaseutikal berjenama atau berpaten merujuk kepada ubat-ubatan yang dijual di bawah nama jenama yang dilindungi oleh paten. Apabila paten tamat tempoh, versi generik ubat itu kemudian boleh dijual oleh syarikat lain.
Dr Elms menyatakan bahawa tiada tarif dilaksanakan ke atas produk-produk generik kerana keuntungannya kecil.
Cukai 100 peratus ke atas ubat generik akan menjadi "tidak berdaya maju" dan menyebabkan tiada jualan ke Amerika, meletakkan ramai pesakit di sana berisiko, katanya lagi.
Persatuan Industri Farmaseutikal Singapura menyatakan bahawa ia sedang memantau perkembangan dengan teliti.
"Walaupun butiran masih timbul, kami kekal komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkepentingan lain untuk membantu memastikan akses berterusan kepada ubat-ubatan dan vaksin inovatif untuk pesakit di Singapura," katanya kepada Mediacorp.
ADAKAH HARGA UBAT AKAN NAIK?
Naik turun harga ubat akan bergantung kepada perubahan, jika ada, terhadap rejim cukai Amerika, kata Prof Madya Wee.
"Syarikat farmaseutikal memindahkan kemudahan pengeluaran mereka ke negara-negara seperti Ireland disebabkan oleh struktur cukai korporatnya yang menarik," katanya.
"Harga mungkin naik jika mereka terpaksa memindahkan kemudahan pengeluaran kembali ke Amerika, melainkan terdapat perubahan pada struktur cukai korporat di Amerika."
Dr Elms juga menyatakan bahawa syarikat-syarikat farmaseutikal mungkin perlu mengasingkan pengeluaran produk tertentu di beberapa lokasi disebabkan keperluan kualiti kemudahan pengeluaran farmaseutikal.
"Ini berpotensi merombak banyak perkara itu dan memerlukan firma untuk membuat keputusan yang kurang optimum tentang di mana mereka akan mengeluarkan produk masing-masing," katanya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.