Kesan positif pada kesihatan pada Ramadan ini menerusi 'Walking Football'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan yang menghadapi isu kesihatan dan kecederaan juga boleh kekal cergas.
Ini dibuktikan oleh para anggota pasukan 'Walking Football' yang meneruskan latihan di bulan Ramadan.
'Walking Football' adalah gerakan global yang menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dengan bermain bola sepak dalam keadaan berjalan.
Lantaran itu ia sesuai dilakukan pada bulan Ramadan.
Sukan ini bertujuan menangani masalah gemuk keterlaluan dan penyakit-penyakit lain yang menjejas mutu kehidupan.
"Selain meningkatkan tahap kecerdasan mereka yang bersangkaut-paut dengan kesihatan, mereka juga dapat meningkatkan kecergasan mereka yang bersangkut-paut dengan prestasi iaitu koordinasi, kestabilan tubuh, reaksi semasa, ketangkasan," kata Dr Dee Dee Mahmood, Pengasas WalkingFootball4HealthAsia.
'Walking Football' boleh dimain oleh segenap lapisan masyarakat, daripada belia hingga golongan berusia 70an tahun tidak kira status kecergasan.
"Ia bukan untuk orang yang sihat saja. Ia untuk orang yang ada kecederaan, ada sakit contoh macam diri saya. Saya ada kecederaan, saya sakit jadi ia dapat membantu saya dalam kecederaan," kata Encik Mohd Firdaus Mohd Kamal, 43 tahun.
Pada bulan Ramadan, pasukan ini berlatih seperti biasa pada setiap Ahad.
Sesi diadakan pada lewat petang, sejurus sebelum waktu buka puasa.
"Kegiatan kami secara biasa cuma mungkin kurang berat, tapi matlamat kami tetap sama untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan secara peribadi saya melihat latihan ini sungguh bermanfaat kepada kami semua," kata Encik Mohd Yadly Mohd Yatim, 39 tahun.
Ada peserta yang melihat kesan positif pada kesihatan apabila meneruskan kegiatan 'Walking Football' pada bulan Ramadan ini.
"Dalam bulan Ramadan ini saya datang bersenam dapat menurunkan berat badan daripada 70 ke 60, diabetes, kolesterol saya semua terkawal. Lutut dah tak sakit lagi, dah boleh naik turun tangga dengan baik," kata Cik Yatini Yayit, 64 tahun.
Oleh kerana sukan ini tidak membenarkan kontak fizikal dan pemain menggelecek bola, ia juga selamat untuk dimainkan sesiapa saja.
Tidak kira status kesihatan, matlamat para peserta sama iaitu untuk kekal cergas termasuk pada bulan puasa.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.