Kesan penganiayaan, perceraian dan hidup dengan orang gangguan mental terhadap hubungan anak dengan orang lain
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada 31 Oktober tahun 2000, Diyana Amir, yang berusia 3 tahun ketika itu, sedang berada di rumah apabila pesawat SQ006 terhempas lalu meragut nyawa 83 daripada 179 penumpang dan anak kapal.
Bapanya, Amir Husin, yang merupakan seorang anak kapal ketika itu, antara yang terselamat.
Tragedi itu mengubah zaman kanak-kanak Cik Dayana.
Bapanya yang "suka bergurau", berubah menjadi seorang yang pendiam, dan lebih suka menyendiri di dalam bilik.
Dalam nahas itu, empat krew kabin terbunuh.
Meskipun Dayana masih kecil ketika itu, beliau dapat merasakan perubahan yang mendadak.
Kini berusia 23 tahun, penerbit hiburan dan pembuat filem itu telah menulis dan mengarahkan sebuah filem pendek bertajuk 'Paper Planes, Don't Always Soar' - diilhamkan daripada kisah zaman kanak-kanaknya, di mana beliau perlu mengharungi tekanan pasca traumatik bapanya.

Berkongsi kepada Mediacorp, beliau berkata: "Ibu saya, satu-satunya orang dewasa di rumah, dan saya sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
"Kami terpaksa menghentikan rutin harian kami disebabkan pencetus tertentu, seperti bau api atau dapur gas yang menyala semasa memasak, bau bunga kemboja atau bahkan, adik lelaki saya yang menangis, akan membuat ayah saya jadi marah.
Bau bunga kemboja dikaitkan dengan pengebumian, dan kematian rakan serta rakan kerja bapanya.
Beliau menambah: "Sebagai seorang kanak-kanak, saya mengambil masa yang lama untuk memahami dan menerima perubahan dalam dirinya."
Membesar dengan seorang bapa yang tidak sihat secara mental, beliau ingat lagi tempoh sukar semasa zaman kanak-kanaknya: "Tidak seperti rakan-rakan saya yang menghabiskan hari mereka bermain, saya mendapati diri saya mengambil peranan yang lebih matang lebih awal, menyokong ibu saya dan menjaga adik lelaki saya.
Meskipun pengalaman itu sangat peribadi, pengalaman Cik Diyana itu bukan sesuatu yang luar biasa.
Setiap dua daripada tiga orang dewasa di Singapura mengalami sekurang-kurangnya satu pengalaman buruk semasa zaman kanak-kanak mereka sebelum mencecah usia 18 tahun.
Ia merupakan antara dapatan utama satu kajian di sini, yang diterbitkan jurnal mengenai penganiayaan dan kanak-kanak terbiar (Child Abuse and Neglect Journal) pada 2020 - kajian pertama Singapura berhubung pengalaman buruk di zaman kanak-kanak.
Kajian tersebut adalah sebahagian daripada Kajian Kesihatan Mental Singapura 2016, yang dijalankan penyelidik di Institut Kesihatan Mental (IMH).
Istilah "pengalaman buruk zaman kanak-kanak" merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berpotensi dianggap traumatik yang mungkin dihadapi atau disaksikan oleh seseorang semasa membesar.
Hidup dengan seorang anggota keluarga yang tidak sihat secara mental hanyalah satu contoh.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI KANAK-KANAK SG?
Dalam kajian IMH pada 2016 itu, pengalaman buruk kanak-kanak yang paling lazim dilaporkan adalah pengabaian emosi.
Sekitar 46 peratus responden dewasa mengalaminya.
Ini disusuli dengan:
Apabila ditanya bagaimana pengabaian emosi berlaku dalam sesebuah keluarga, Dr Fung dari IMH berkata: "Dalam konteks Singapura hari ini, ini bermakna mungkin ada orang dewasa di sekeliling tetapi mereka tidak memberi (kasih sayang dan) penjagaan untuk kanak-kanak."
BAGAIMANA PENGALAMAN BURUK ZAMAN KANAK-KANAK JEJAS GENERASI MASA DEPAN
Kesan pengalaman buruk zaman kanak-kanak mungkin tidak berakhir dengan mangsa itu sahaja: Trauma masa lalu boleh menjejas hubungan seterusnya dengan orang lain dan meninggalkan kesan merentasi generasi.
Cik Ang Jia Yi, seorang kaunselor di Perkhidmatan Keluarga Yishun di Persatuan Kanak-kanak Singapura, menarik perhatian bahawa ibu bapa yang mengalami trauma mungkin cuba membaiki pengalaman yang dialami atau bergelut untuk menyedari bahawa terdapat jalan alternatif lain yang lebih sihat bagi anak-anak mereka.
"Mereka secara tidak langsung mengekalkan pola trauma dalam keluarga itu dan mendedahkan anak-anak mereka kepada pengalaman serupa," tambahnya.
Dr Fung dari IMH malah menjelaskan, penganiayaan yang berlarutan ke generasi seterusnya boleh menyebabkan perubahan dalam tingkah laku serta persepsi terhadap apa yang dianggap sebagai hubungan yang normal.

- Ibu bapa berpisah, bercerai atau kematian salah seorangnya
- Ibu atau penjaga wanita yang dipukul bantai
- Penderaan emosi
- Tinggal dengan seorang anggota keluarga gangguan mental atau ingin mengambil nyawanya sendiri
Apabila ditanya bagaimana pengabaian emosi berlaku dalam sesebuah keluarga, Dr Fung dari IMH berkata: "Dalam konteks Singapura hari ini, ini bermakna mungkin ada orang dewasa di sekeliling tetapi mereka tidak memberi (kasih sayang dan) penjagaan untuk kanak-kanak."
BAGAIMANA PENGALAMAN BURUK ZAMAN KANAK-KANAK JEJAS GENERASI MASA DEPAN
Kesan pengalaman buruk zaman kanak-kanak mungkin tidak berakhir dengan mangsa itu sahaja: Trauma masa lalu boleh menjejas hubungan seterusnya dengan orang lain dan meninggalkan kesan merentasi generasi.
Cik Ang Jia Yi, seorang kaunselor di Perkhidmatan Keluarga Yishun di Persatuan Kanak-kanak Singapura, menarik perhatian bahawa ibu bapa yang mengalami trauma mungkin cuba membaiki pengalaman yang dialami atau bergelut untuk menyedari bahawa terdapat jalan alternatif lain yang lebih sihat bagi anak-anak mereka.
"Mereka secara tidak langsung mengekalkan pola trauma dalam keluarga itu dan mendedahkan anak-anak mereka kepada pengalaman serupa," tambahnya.
Dr Fung dari IMH malah menjelaskan, penganiayaan yang berlarutan ke generasi seterusnya boleh menyebabkan perubahan dalam tingkah laku serta persepsi terhadap apa yang dianggap sebagai hubungan yang normal.
Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.