Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesan orang tua kongsi secara berlebihan tentang anak mereka di media sosial

Sedar atau tidak, perkongsian mengenai perihal anak-anak di media sosial boleh menimbulkan risiko keselamatan, selain menjejas aspek sosioemosi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesan orang tua kongsi secara berlebihan tentang anak mereka di media sosial

(Gambar hiasan: Chandan Khanna/AFP)

BERITAmediacorp: Sedar atau tidak, perkongsian mengenai perihal anak-anak di media sosial boleh menimbulkan risiko keselamatan, selain menjejas aspek sosioemosi mereka.

Ini lebih-lebih lagi jika hal itu dilakukan secara berlebihan sehingga boleh mendedahkan maklumat sulit atau memalukan anak itu.

Jadi, sejauh manakah ada sebilangan ibu bapa melakukannya secara berlebihan?

BERITAmediacorp berkesempatan bertemu dengan dua kanak-kanak yang meluahkan akibat yang perlu ditanggung daripada tindakan seperti itu.

"Ibu selalu memuat naik gambar-gambar saya yang memalukan ke Instagram," luah Sara Falisya.

Ternyata, dia tidak sendirian. Ilman Haziq, seorang lagi anak yang masih berada di bangku sekolah, mengadu nasib yang sama.

"Ada video yang saya tidak pakai baju sambil main bola ping pong. Ibu saya rekod video itu," cerita Ilman.

Jika anda dalam kalangan mereka yang tidak menyedari perbuatan yang membuat anak-anak anda tidak berasa selasa, mungkin sudah saatnya anda mengambil tindakan.

Menurut pakar-pakar, perkara ini boleh dielakkan sekiranya ibu bapa berhati-hati dalam memilih apa yang ingin dikongsikan ke ruang siber. Ini meskipun laman mereka mungkin hanya boleh dilihat para kenalan sahaja.

Malah, Cik Roslinda Mohamad Noor, seorang pakar terapi menyarankan agar ibu bapa meminta izin daripada anak-anak seawal usia mereka 7 tahun, sebelum memuat naik sebarang catatan atau fail yang berkaitan dengan mereka.

"(Anda boleh melakukan itu) apabila mereka sudah mengenali apa itu betul atau salah dan sudah mempunyai teman atau rakan-rakan di sekolah," jelas beliau.

Namun intinya, ibu bapa perlulah merenung kembali kesan tindakan mereka terhadap anak-anak.

Bayangkan sahaja perasaan anda jika gambar yang dimuat naik itu sebenarnya diri anda. Apakah anda akan menyukainya?

Semua persoalan itu dikupas dalam rancangan ehwal semasa Detik pada Rabu (14 Nov). Anda juga boleh mengikutinya di Toggle selepas itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan