Kesan inovasi teknologi terhadap SAF
Simulator itu membolehkan anggota-anggota veteran dan juga pelatih untuk melakukan terjunan dalam pelbagai senario.
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) semakin memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan mutu proses kerjanya.
Satu contoh inovasi teknologi yang memberi kesan terhadap kakitangan SAF adalah Simulator Penerbangan Payung Terjun yang membantu Pasukan Payung Terjunnya 'Red Lions' dalam latihan mereka.
Simulator itu membolehkan anggota-anggota veteran dan juga pelatih untuk melakukan terjunan dalam pelbagai senario.
Ini termasuk menggunakan payung terjun di kawasan Marina Bay Sands untuk mendarat di Pentas Terapung.
Teknologi dimanfaatkan SAF agar latihan dijalankan secara lebih realistik. Latihan simulator juga membolehkan mereka melakukan semakan masa nyata dan memperbaiki prestasi serta keyakinan para pelatih.
Aplikasi mudah alih juga satu lagi aspek teknologi yang dimanfaatkan SAF.
App Latihan Dalam Kem atau ICT meningkatkan pengalaman para anggota kerahan.
Masa latihan ICT dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.