Kesalahan pecut di jalan raya cecah bilangan tertinggi pada 2024, trend dijangka terus naik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kesalahan memecut di jalan raya mencecah bilangan tertinggi tahun lalu dan trend ini dijangka terus naik.
Polis Trafik menyatakan, ada lebih 201,300 kes memandu dengan laju tahun lalu, iaitu lonjakan hampir 73 peratus berbanding tahun 2023.
Bagi separuh pertama tahun ini, bilangan kesalahan tersebut lebih banyak lagi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Kesalahan memecut melonjak 45.5 peratus pada enam bulan pertama 2025, dengan lebih 118,000 kes dicatatkan. Ini trend membimbangkan. Polis Trafik akan melakukan segalanya untuk menghentikan trend ini.
"Kami akan terus menggiatkan operasi-operasi penguatkuasaan kami dan program pendampingan. Kami menggesa syarikat-syarikat supaya memasang alat pengehad kelajuan lebih awal lagi, dan semua pengguna jalan raya perlu mengamalkan lebih banyak tanggungjawab," kata Ketua, Cabang Pengembangan Kajian, Perancangan dan Organisasi, Polis Trafik Supt Lian Weixiong.
Polis Trafik menambah, hampir sifar kesalahan dicatat bagi lori-lori yang dipasang dengan alat pengehad kelajuan pada separuh pertama tahun ini.
Ini berbanding lebih 640 kesalahan oleh lori tanpa alat pengehad kelajuan, iaitu peningkatan 13.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bermula tahun depan, kesalahan memandu dengan laju akan dikenakan hukuman lebih berat.
Ini termasuk dikenakan denda lebih besar dan mata demerit lebih tinggi bergantung kepada berapa tinggi had kelajuan yang mereka langgar.

Sumber : CNA/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.