Skip to main content

Singapura

Kesalahan lalu bekas pesalah akan 'dipertimbangkan' meski dibenar masuk kawasan larangan, kata Shanmugam

Anggaran Waktu Membaca:
Kesalahan lalu bekas pesalah akan 'dipertimbangkan' meski dibenar masuk kawasan larangan, kata Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam semasa berucap di Parlimen pada 5 April 2022.

SINGAPURA: Kesalahan-kesalahan lampau seseorang individu akan "dipertimbangkan" apabila mereka disaring untuk akses ke kawasan-kawasan larangan dan kemudahan-kemudahan tertentu di Singapura. 

Sungguhpun demikian, Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak akan berbuat demikian ke atas semua bekas pesalah, tegas Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam di Parlimen pada Selasa (5 Apr). 

Encik Shanmugam berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Leon Perera (WP-Aljunied) yang bertanya sama ada Pemerintah mempunyai sebarang dasar yang melarang bekas pesalah daripada memasuki atau bekerja di kemudahan-kemudahan penting seperti Pulau Jurong dan Lapangan Terbang Changi. 

Dalamn responsnya, Encik Shanmugam berkata bahawa langkah-langkah keselamatan di kemudahan yang berbeza dinilai oleh  agensi-agensi yang relevan, sambil menarik perhatian kepada Pulau Jurong dan Lapangan Terbang Changi yang merupakan antara tempat-tempat dianggap berisiko tinggi.

Sesiapa sahaja yang ingin mempunyai akses ke kawasan-kawasan larangan dan kemudahan-kemudahan sedemikian akan diperiksa oleh pihak polis, tambah beliau. 

"Kita sudah menyaksikannya di Singapura dan juga insiden-insiden di luar negara di mana orang dalam mengambil kesempatan atau cuba menggunakan akses mereka untuk tujuan yang salah, kadangkala membawa padah yang serius," kata Encik Shanmugam. 

"Kesalahan-kesalahan lalu menjadi pertimbangan semasa menyaring seseorang individu untuk pas tersebut. Sungguhpun demikian, polis tidak akan berbuat demikian ke atas semua bekas pesalah. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kesalahan itu akan dinilai." 

Seseorang individu yang mempunyai "sebab-sebab yang dicurigai" mungkin juga dikehendaki kekal bebas daripada kesalahan selama beberapa waktu sebelum mereka dibenarkan memasuki kemudahan-kemudahan yang "sensitif", tambah Encik Shanmugam. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita