Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes tipu menyamar sebagai pegawai China meningkat, S$30.3 juta lesap sejak Jan 2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kes penipuan penyamaran pegawai China kian meningkat, dengan mangsa yang ditipu kehilangan sekurang-kurangnya S$30.3 juta sejak awal tahun ini, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu (29 Jun).

Sekitar 280 orang menjadi mangsa.

Mangsa akan mendapat panggilan telefon dengan rakaman suara, yang mengaku mereka dari agensi-agensi pemerintah seperti Kementerian Kesihatan dan Mahkamah Tinggi.

Penipu kemudian akan memberitahu mangsa mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram dan kesalahan lain.

Mereka juga diminta memberikan butiran peribadi serta akaun bank mereka, dan diminta memindahkan wang untuk tujuan siasatan polis.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengingatkan orang ramai,  agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan operasi di Singapura, melakukan penangkapan atau meminta orang ramai untuk membantu siasatan mereka tanpa kebenaran daripada Pemerintah Singapura.

Polis juga tidak akan meminta pemindahan wang dilakukan ke akaun bank lain semasa siasatan.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan