Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes tipu Envy Global: Bekas pengarah ditahan reman kerana gagal kumpul S$6 juta bagi ikat jamin

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tipu Envy Global: Bekas pengarah ditahan reman kerana gagal kumpul S$6 juta bagi ikat jamin

Ng Yu Zhi tiba di Mahkamah Negara pada 20 April 2021. (Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: Seorang ahli perniagaan yang menjadi perhatian bagi kes penipuan pelaburan nikel berbilion dolar, ditahan reman sekitar dua minggu.

Ini kerana dia tidak dapat mengumpul wang bagi membiayai ikat jamin berjumlah S$6 juta, yang diminta oleh pihak pendakwaan.

Ng Yu Zhi, bekas pengarah urusan Envy Global Trading, kembali ke mahkamah menerusi persidangan video dari tempat di mana dia direman pada Jumaat (3 Feb). Peguamnya menggesa mahkamah supaya mengubah syarat-syarat ikat jaminnya.

Ng didakwa terlibat dalam skim penipuan pelaburan lebih S$1 bilion.

Kes Ng sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah diberitahu bahawa persidangan bagi kes pertama itu akan diadakan pada 31 Mac nanti.

Ng, 35 tahun, didakwa buat pertama kalinya pada Mac 2021 kerana terlibat dalam penipuan perdagangan. Dia kini berdepan lebih 100 tuduhan, termasuk menipu dan pecah amanah jenayah.

Mangsanya termasuk seorang peguam jenayah, bekas presiden Persatuan Undang-Undang Singapura dan peguam am di Temasek.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan