Skip to main content

Singapura

Kes tipu e-dagang libatkan penjenayah luar negara, Shanmugam gesa kekal waspada

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menekankan para penduduk perlu lebih berwaspada terhadap kes-kes penipuan e-dagang, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan para penjenayah dari luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2018 09:47PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 10:52PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menekankan para penduduk perlu lebih berwaspada terhadap kes-kes penipuan e-dagang, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan para penjenayah dari luar negara.

Encik Shanmugam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenaikan jumlah kes jenayah, terutama sekali penipuan e-dagang dan penyamaran.

"Kami sudah mengeluarkan makluman dan akan cuba mendampingi lebih ramai orang tetapi anda juga harus bertanggungjawab. Orang ramai perlu cuba dan memahami urus niaga yang mereka sedang lakukan, dengan siapa mereka berurusan," kata Encik Shanmugam.

"Semestinya, golongan lanjut usia lebih mudah terpedaya kerana mereka lebih mempercayai dan kadang kala tidak sedar akan perkara ini."

Lantaran itu, kata Encik Shanmugam, usaha mendidik masyarakat perlu dipergiat.

Encik Shanmugam berkata demikian dalam satu fiesta keluarga di kawasan Nee Soon. Acara yang diharapkan dapat dianjurkan setiap tahun itu bertujuan menggalakkan anggota keluarga meluangkan masa bersama.

Selain kegiatan fizikal seperti acara larian, acara tersebut juga mempamerkan karya-karya seni ke kawasan kejiranan untuk sama-sama dinikmati seluruh keluarga. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita