Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes tipu barangan mewah: Lelaki kedua didakwa bantu pasangan larikan diri dari S'pura

Pi Jiapeng ditahan pada Jun kerana disyaki menipu namun melarikan diri dari Singapura semasa diikat jamin bersama isterinya, Siripadi Pansuk pada 4 Jul.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tipu barangan mewah: Lelaki kedua didakwa bantu pasangan larikan diri dari S'pura

(Gambar: Instagram/Siriwipa Pansuk)

SINGAPURA: Lelaki kedua terbabit dalam kes membantu sepasang suami isteri melarikan diri dari Singapura, didakwa pada Sabtu (30 Jul).

Pasangan itu dikatakan gagal mengirimkan jam tangan dan beg mewah kepada pembeli.

Mohamad Fazli Abdul Rahman, warga Malaysia berusia 38 tahun, dikenakan satu tuduhan bersubahat dengan pemandu lori Mohamed Alias ​​untuk membantu warga Singapura Pi Jiapeng meninggalkan Singapura tanpa perlu menunjukkan pasportnya dengan bersembunyi di dalam kontena lori berdaftar Malaysia.

Pi ditangkap bulan lepas atas dakwaan melakukan kesalahan menipu. Bersama isterinya, Siriwipa Pansuk warga Thailand, mereka melarikan diri dari Singapura pada 4 Julai, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ini.

Pemandu lori Mohamed Alias, 40, didakwa awal bulan ini kerana membantu Pi dan Pansuk melarikan diri dari Singapura.

Pasukan Polis Singapura berkata pada Jumaat bahawa Mohamad Fazli ditangkap di Malaysia "dengan kerjasama dan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia".

Jika sabit kesalahan, Mohamad Fazli boleh dipenjara antara enam bulan hingga dua tahun, dan denda sehingga S$6,000.

Pi dan Pansuk kini dicari pihak berkuasa Singapura dan notis merah Interpol telah dikeluarkan ke atas mereka.

Sekurang-kurangnya 180 laporan polis dibuat terhadap mereka tentang penipuan melibatkan dua syarikat - Tradenation dan Tradeluxury dengan barang mewah sekitar S$32 juta.
Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan