Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes tipu barangan mewah: 2 lelaki bantu pasangan larikan diri berniat mengaku bersalah

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tipu barangan mewah: 2 lelaki bantu pasangan larikan diri berniat mengaku bersalah

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 06:20PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 06:20PM
SINGAPURA: Dua lelaki yang didakwa membantu pasangan suami isteri melarikan diri dari Singapura bulan lepas ketika polis menyiasat kes penipuan barangan mewah menyatakan pada Jumaat (5 Ogos) mereka berniat mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Warga Malaysia, Mohamad Fazli Abdul Rahman, 38 tahun didakwa pada Sabtu lepas (30 Jul) kerana bersubahat dengan pemandu lori, Mohamed Alias untuk mengaturkan agar warga Singapura, Pi Jiapeng diseludup keluar dari Singapura dalam kontena sebuah lori berdaftar Malaysia.

Fazli kini berdepan dengan dua tuduhan selepas dia dikenakan tuduhan tambahan pada Jumaat (5 Ogos) kerana membantu isteri Pi, seorang warga Thailand, Pansuk Siriwipa untuk diseludup keluar dengan cara yang sama.

Alias, 40 tahun sebelum itu sudah dikenakan dua tuduhan membantu pasangan itu melarikan diri dari Singapura.

Fazli dan Alias dua-dua hadir di mahkamah pada Jumaat melalui pautan video dari tempat mereka ditahan reman.
Pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa Alias mungkin akan berdepan dengan tuduhan tambahan di bawah Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan seorang penjenayah.

Pendakwa raya memohon kes ditangguh dua minggu untuk mengambil arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi pihak pendakwa mengesahkah dan memutuskan kedudukannya.

Hakim Daerah Lorraine Ho tidak memberikan ikat jamin kepada kedua-dua lelaki kerana mereka berisiko tinggi melarikan diri dan mengelakkan daripada didakwaan.

Kes Fazli dan Alias akan didengar lagi pada 17 Ogos.
Di bawah Akta Imigresen, seseorang yang bersubahat dengan sesiapa sahaja untuk meninggalkan Singapura secara haram boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya enam bulan dan sehingga dua tahun serta denda sehingga S$6,000.

Bagi kesalahan bersubahat di Singapura, meskipun dilakukan di luar negara, pesalah boleh dihukum di bawah undang-undang Singapura.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa