Skip to main content

Singapura

Kes tikam Gereja St Joseph harus perkukuh tekad lindungi keharmonian SG: Mufti

Mufti Negara Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir berharap insiden tikaman ke atas seorang paderi di Gereja St Joseph tidak dijadikan sebab untuk mencetuskan perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tikam Gereja St Joseph harus perkukuh tekad lindungi keharmonian SG: Mufti

Pegawai polis dilihat di dalam Gereja St Joseph di Bukit Timah pada 9 Nov 2024. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 11 Nov 2024 10:02AM
SINGAPURA: Mufti Negara Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir berharap insiden tikaman ke atas seorang paderi di Gereja St Joseph tidak dijadikan sebab untuk mencetuskan perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat.

Sebaliknya, ia hanya akan menguatkan lagi tekad kita untuk sama-sama melindungi keamanan dan keharmonian di Singapura.

Demikian kandungan surat Mufti yang diutuskan kepada Ketua Biskop Katolik Singapura, Encik William SC Goh.

"Kami berdiri teguh dengan penganut Katolik dan masyarakat dari semua agama di Singapura untuk sama-sama melindungi keselamatan dan kesucian semua rumah ibadat, dan menekankan ciri-ciri keamanan yang diajarkan dalam agama masing-masing.

"Tidak ada tempat untuk apa jua bentuk keganasan, terutama sekali bukan atas nama sebarang agama dan di ruang-ruang ibadah."

Dalam suratnya, Mufti juga menzahirkan rasa duka dan keprihatinan yang mendalam terhadap serangan ke atas Paderi Christopher Lee di Gereja St Joseph pada 9 November.

Mufti Nazirudin mendoakan agar beliau segera sembuh dan semua pihak yang terjejas akibat insiden tersebut dapat bangkit semula lebih teguh.

"Kami berharap masyarakat anda terus berdaya bingkas dan teguh dalam mengharungi masa-masa sukar ini," tulis Mufti.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita