Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes tahanan ISA: Pergas seru masyarakat S'pura bersatu perangi keganasan

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) meluahkan keprihatinan terhadap penangkapan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merancang untuk melakukan serangan ke atas dua masjid di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes tahanan ISA: Pergas seru masyarakat S'pura bersatu perangi keganasan

Logo PERGAS. (Gambar: Laman Islamic Events)

SINGAPURA: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) meluahkan keprihatinan terhadap penangkapan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merancang untuk melakukan serangan ke atas dua masjid di Singapura.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (27 Jan), Pergas menolak segala bentuk radikal, kezaliman serta penindasan dari mana-mana pihak terhadap agama.

"Ia tidak bertepatan dengan ajaran agama Islam, Kristian serta agama-agama lain yang menyemai keamanan dan keharmonian. Malah ia bertentangan dengan nilai-nilai sejagat yang memelihara kehormatan manusia dan menyebarkan kebaikan tanpa mengira bangsa dan agama," menurut Pergas.

Sehubungan itu, Pergas melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Islam mampu bersikap matang dalam memberi respons kepada isu itu kerana pernah menghadapi isu serupa sebelum ini.

Pergas turut menyatakan kesediaannya untuk berkongsi bersama agama lain tentang pengalaman Pergas bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang dikendalikan bersama Muis dalam membantu menangani kegiatan pelampau pihak-pihak yang lain.

"Kita perlu bersatu sebagai masyarakat Singapura dalam memerangi keganasan, serta mengajak saudara senegara turut bersabar dengannya agar sama-sama meraih menfaatnya," menurut kenyataan itu.

Pergas menyeru masyarakat supaya meneruskan usaha menyemai sikap saling memahami di antara agama dan bangsa.

"Akhir sekali, keganasan tidak mengenal agama. Ia wujud di kalangan pengikut setiap agama walaupun setiap agama memupuk kedamaian. Ia adalah cabaran kita bersama," menurut Pergas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan