Kes SPH: Pengiklan boleh saman platform kerana beri angka edaran salah, kata peguam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat yang mendapati bahawa platform yang digunakan untuk pengiklanan sudah memberikan angka pengedaran yang salah, boleh membawa syarikat tersebut ke mahkamah di bawah undang-undang sivil.
Demikian menurut para peguam yang ditemui Mediacorp.
Menurut peguam, para pengiklan yang menandatangani kontrak dengan platform pengiklanan berdasarkan angka pengedaran yang ditokok tambah, boleh mengambil tindakan sivil atas dasar memberi gambaran salah atau pelanggaran kontrak.
Pada Isnin (9 Jan), akhbar The Straits Times melaporkan bahawa angka pengedaran harian akhbar didapati ditokok tambah sebanyak 85,000 hingga 95,000 atau sekitar 10 sehingga 12 peratus purata pengedaran harian yang dilaporkan. Akhbar The Straits Times adalah salah satu daripada beberapa akhbar terbitan SPH Media yang lain, termasuk The Business Times, Lianhe Zaobao, Shin Min Daily News, Berita Harian dan Tamil Murasu.

Satu semakan semula terhadap proses dalaman pada Mac tahun lalu menunjukkan bahawa salinan akhbar yang dicetak, dikira untuk pengedaran dan kemudian dihapuskan. Malah, terdapat juga keadaan di mana langganan "dihitung dua kali". Tempoh semakan semula itu dijalankan dari September 2020 sehingga Mac 2022.
Seorang jurucakap SPH Media menyatakan bahawa antara aspek lain yang juga tidak konsisten dengan angka pengedaran, termasuk kontrak yang luput yang terus dihitung dalam data, dengan akaun projek disuntik dengan dana tambahan untuk membeli pengedaran rekaan.
BAWA PERKARA ITU KE MAHKAMAH
CNA menemui beberapa peguam, yang berkata para pengiklan boleh mengambil tindakan sivil bergantung kepada kontrak yang dimeterai antara syarikat itu dengan platform pengiklanan tersebut.
Menurut peguam Samuel Seow An daripada firma guaman Yong, Seow & Lim (YSL) Legal, kontrak antara pengiklan dengan platform itu menjelaskan kewajipan platform tersebut. Jika platform itu gagal memenuhi kewajipan sepertimana yang tertera dalam kontrak itu, pengiklan biasanya boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
Kewajipan tersebut mungkin tertera di bawah "terma dan syarat" yang dimaklumkan dan dipersetujui pengiklan, sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran dengan platform itu.
Beliau menambah: "Bergantung kepada terma kontrak itu, pihak tertentu mungkin juga boleh meneruskan tindakan undang-undang sivil untuk menamatkan atau membatalkan sesebuah kontrak."
Pengarah Invictus Law, Darren Tan menjelaskan, untuk mengemukakan saman sivil terhadap platform bagi kenyataan atau data yang memperdaya (klien), kes itu perlu memenuhi tiga elemen.
Pertama sekali, platform itu membuat kenyataan salah mengenai fakta kepada klien. Kedua, klien tersebut tertarik dengan kenyataan itu untuk memeterai kontrak tersebut. Ketiga, klien tersebut mengalami kerugian dan kerosakan disebabkannya.
PENGIKLAN BOLEH PERTIMBANG TINDAKAN JENAYAH
Para pengiklan juga boleh mempertimbangkan untuk memfailkan laporan polis dalam kes salah laku jenayah seperti penipuan oleh platform, tambah Encik Seow, yang merupakan rakan kongsi pengurusan di YSL Legal.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut secara umumnya tidak membawa kepada pemberian pampasan kewangan.
Tambah Encik Seow, "Mungkin terdapat liabiliti jenayah bagi platform dan ejen mereka yang menokok tambah angka langganan atau pengedaran secara palsu dengan niat untuk menipu pengiklan dan mendorong mereka untuk menggunakan platform mereka bagi pengiklanan."
Beliau menyatakan bahawa, sama ada kes demikian disifatkan sebagai jenayah, tertakluk kepada niat pihak-pihak tertentu dan juga, undang-undang yang diguna pakai.
Selain individu-individu yang terlibat, sebuah syarikat boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah berdasarkan fakta-fakta kes tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.