Skip to main content

Singapura

Kes siswa NUS cekik bekas temanita: Dua petisyen online gesa hukuman lebih berat, siswa dibuang sekolah

 Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan ia akan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2020 08:53PM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 11:37PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan ia akan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Ini berhubung kes mahasiswa NUS yang mencekik bekas temanitanya.

Mahasiswa itu sudah digantung pengajiannya dan dikenakan hukuman khidmat masyarakat.

Hukumannya termasuk perintah tahanan 12 hari selepas dia mengaku bersalah kepada satu pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Dua petisyen online menggesa agar hukuman lebih berat dikenakan dan mahasiswa itu dibuang daripada NUS.

Setakat ini, kedua-dua petisyen itu sudah menerima lebih 23,000 tandatangan.

"Belia kita sudah agak sedia untuk meluahkan pandangan mereka terhadap isu-isu ini. Pokoknya pada pendapat saya, adakah keputusan terhadap kes-kes ini mampu sehaluan dengan norma-norma dan harapan masyarakat yang sentiasa berubah.

"Ini adalah sesuatu yang saya rasa kita harus tumpukan perhatian sebagai sebuah masyarakat dan saya rasa ia satu petanda positif bagi masyarakat apabila belia kita sedia untuk menjadi sebahagian daripada proses ini dan mereka amat prihatin terhadap isu sebegini," ujar Menteri Negara Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Sim Ann. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita