Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes serangan jantung lonjak seganda dalam 10 tahun; usaha pendidikan dipergiat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2022 07:36PM Dikemas Kini : 21 May 2022 09:15PM

SINGAPURA: Usaha giat sedang dilakukan untuk meningkatkan kadar pesakit yang dapat diselamatkan daripada serangan jantung.

Bilangan kes serangan jantung di luar hospital melonjak seganda sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Dalam tahun 2020, sebanyak 60 kes sedemikian berlaku dalam kalangan 100,000 penduduk. Kes serangan jantung di luar hospital melonjak kepada 3,000 pesakit dalam tahun 2020.

Namun lebih ramai orang awam yang tampil memberikan bantuan pernafasan. Kadarnya meningkat hingga lebih 50 peratus dalam tahun 2020.

Lantaran itu, usaha dipergiat untuk meningkatkan kesedaran bahawa sesiapa sahaja boleh menyelamatkan nyawa.

Orang awam hanya perlu menghubungi 995 dan mereka akan diberikan arahan.

Terdapat juga inisiatif untuk menggalak kesedaran tentang aplikasi myResponder yang memaklumkan para sukarelawan tentang kes kecemasan berdekatan.

Selain itu, SingHealth dan Yayasan Temasek melancarkan program tiga tahun untuk memperkukuh respons kecemasan di rantau ini.

Singapura akan bekerjasama dengan sebilangan negara Asia Tenggara untuk berkongsi amalan terbaik demi menyelamatkan nyawa.

Sumber : CNA/HK/ZM
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan