Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes selesema meningkat ekoran musim demam akhir tahun & gelombang baru COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Kes selesema meningkat ekoran musim demam akhir tahun & gelombang baru COVID-19

Orang ramai beratur di luar klinik di Clementi. (Gambar: Neo Rong Wei)

SINGAPURA: Klinik-klinik tempatan sedang menyaksikan lonjakan dalam kes jangkitan pernafasan sedang Singapura berdepan dengan gelombang baru COVID-19 dan musim demam selesema akhir tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan daripada kes-kes yang dilaporkan bukan jangkitan COVID-19.

Dengan jumlah jangkitan yang meningkat sebanyak 20 peratus, klinik tempatan sedang berusaha untuk memastikan bekalan ubat mencukupi untuk memenuhi permintaan. 

Dengan kegiatan melancong ke luar negara semakin rancak, lebih ramai juga mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan demam selesema. 

Kementerian Kesihatan (MOH) menggalakkan para individu berisiko tinggi supaya mendapatkan suntikan vaksin.

Rangkaian klinik Phoenix Medical menyatakan bahawa bagi tahun ini, memang agak sukar untuk mendapatkan bekalan ubat batuk dan demam kerana terdapat gangguan rantaian bekalan dan juga kenaikan dalam jumlah pesakit.

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan