Skip to main content

Singapura

Kes sampah maut: Lelaki warga Australia didakwa menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai

Seorang lelaki warga Australia berusia 47 tahun, didakwa di mahkamah hari ini (30 Ogos) dalam satu kes sampah maut, dua minggu lalu yang menyebabkan seorang warga tua meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Aug 2019 05:17PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 09:39PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Australia berusia 47 tahun, didakwa di mahkamah hari ini (30 Ogos) dalam satu kes sampah maut, dua minggu lalu yang menyebabkan seorang warga tua meninggal dunia.

Andrew Gosling, 47 tahun dihadapkan di mahkamah atas satu tuduhan menyebabkan kematian Allahyarham Nasiari Sunee, 73 tahun akibat perbuatan cuai.

Menurut dokumen mahkamah, kejadian itu berlaku pada 18 Ogos lalu,di kondominium Spottiswoode 18.

Gosling dituduh membuang sebuah botol kaca dari tingkat tujuh bangunan itu ke kawasan pit barbeku di tingkat lima yang terkena kepala Encik Nasiari.

Polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada sekitar 8.40 malam.

Encik Nasiari dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal keesokan harinya akibat kecederaan di kepalanya.

Gosling diberkas pada rabu (28 Ogos).

Menurut laporan media, Encik Nasiari, seorang pemandu penghantaran, berada di kondominium tersebut untuk menghadiri satu majlis doa selamat rumah baru pada malam Ahad (18 Ogos), apabila insiden berlaku.

Allahyarham baru sahaja duduk untuk menikmati menikmati juadah apabila terkena botol kaca di kepalanya.

Jika sabit kesalahan, Gosling boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.   

Sumber : Today/MM/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita