Skip to main content

Singapura

Kes saman fitnah PM Lee terhadap penulis blog, Leong Sze Hian berakhir

Perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan penulis blog Leong Sze Hian berakhir hari ini (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Oct 2020 07:54PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 09:19PM

SINGAPURA: Perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan penulis blog Leong Sze Hian berakhir hari ini (7 Okt).

Ia berikutan keputusan pihak pembela tidak mahu memanggil Encik Leong bagi memberikan keterangan di mahkamah, walaupun sebelum itu beliau mengatakan sebaliknya.

Hakim akan memberikan keputusannya pada suatu tarikh nanti.

PM Lee memfaikan saman fitnah terhadap Encik Leong dua tahun lalu.

Ia berkaitan satu artikel yang mendakwa PM Lee membantu perbuatan pengubahan wang haram dari dana pelaburan strategik Malaysia, 1MDB.

Perbicaraan itu yang bermula semalam sepatutnya berlangsung empat hari.

Bagaimanapun ia berakhir hari ini kerana Peguam bela, Encik Lim Tean memberitahu mahkamah beliau berpendapat tidak perlu untuk Encik Leong dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Encik Lim berpendapat, pihak plantif iaitu PM Lee yang perlu menunjukkan bukti, bukan anak guamnya.

Menurut Encik Lim beliau akan memberikan hujah pembelaannya kepada hakim secara bertulis.

Encik Lim juga menyifatkan kes tersebut sebagai "remeh, menyakitkan hati dan mendera."

Sebagai respons, peguam PM Lee, Davinder Singh berkata sebab yang betul Encik Leong tidak memberi keterangan adalah kerana "beliau tahu beliau tidak boleh mempertahankan apa yang dikatakannya dalam afidavit dan takut pada kebenaran."

Kedua-dua pihak akan menfailkan hujah bertulis dan kembali ke mahkamah pada 30 November. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita