Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes rompakan, serangan lanun di Selat S'pura lonjak 3 kali ganda pada 2019

Kejadian rompakan dan serangan lanun di Selat Singapura meningkat tiga kali ganda tahun lalu, berbanding setahun sebelumnya. Perangkaan tersebut didedahkan di Forum Nautika ke-11 di Singapura pada Rabu (15 Jan)

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jan 2020 09:04PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 12:08AM

SINGAPURA: Kejadian rompakan dan serangan lanun di Selat Singapura meningkat tiga kali ganda tahun lalu, berbanding setahun sebelumnya.

Perangkaan tersebut didedahkan di Forum Nautika ke-11 di Singapura pada Rabu (15 Jan).

Para pemimpin kanan tentera dari empat buah negara, menyertai forum tersebut untuk membincangkan kejadian rompakan dan serangan lanun itu.

Tahun lalu, berlaku 31 kes serangan lanun dan rompakan bersenjata di Selat Singapura, berbanding hanya tujuh kejadian, dua tahun lalu.

Menurut seorang pakar, jumlah besar kapal yang melalui selat tersebut, menjadi tarikan kepada para penjenayah.

Ini diburukkan lagi oleh jurang semakin lebar dalam langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang.

Tahun lalu, bot-bot tunda dan bot pengangkut pukal menjadi sasaran penjenayah dengan 15 kes dilaporkan di laluan barat dan 16 di laluan timur.

Menurut badan pemantau maritim, ReCAAP, usaha menangani isu tersebut, harus dilakukan secara bersama.

Angkatan Tentera Laut Singapura sedang menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Bersama, Rondaan Selat Melaka yang ke-14, hingga Khamis.

Para wakil negara-negara anggotanya membincangkan cara-cara mengekang kejadian jenayah di perairan bersama.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan