Kes rompakan di Bukit Timah: Barang kemas bernilai S$3.85 juta dicuri dari rumah berhalaman disemak semula

(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Nilai barangan kemas yang dicuri dua lelaki dikaitkan dengan sindiket asing di sebalik kes pecah rumah di estet perumahan privet di Singapura, sudah disemak semula, mahkamah dimaklumkan pada Jumaat (30 Ogos).
Baru-baru ini, terdapat beberapa kes pecah masuk di kawasan kediaman privet, dengan barangan berharga bernilai S$3.85 juta dicuri.
Dua warga China, Lui Changchang, 43 tahun, dan Long Zhihua, 38 tahun, pada mulanya dituduh memecah masuk sebuah rumah di Windsor Park Road pada malam 22 Jun, untuk mencuri 15 barang kemas dengan nilai keseluruhan S$633,000.
Tuduhan ke atas kedua-dua mereka kini diubah pada Jumaat, dengan 27 barang kemas yang dicuri dianggarkan S$570,100.
- Barang kemas yang dikemas kini dalam tuduhan tersebut adalah:
- Sepasang anting-anting nilam dan berlian putih bernilai S$14,000,
- Sepasang anting-anting nilam berbentuk hati bernilai S$36,000,
- Sepasang anting-anting nilam zamrud bernilai S$25,000,
- Sepasang subang berlian jatuh bernilai S$12,000,
- Sepasang anting-anting berlian bernilai S$25,000,
- Sepasang subang berlian kuning dan merah jambu bernilai S$40,000,
- Tujuh klip rambut bernilai S$1,500,
- Rantai emas dengan berlian kecil bernilai S$1,200,
- Rantai emas putih bernilai S$1,200,
- Sepasang anting-anting mutiara dan berlian putih bernilai S$1,000,
- Sepasang anting-anting separuh bulan bernilai S$1,000,
- Sepasang subang delima bernilai S$1,200,
- Tiga bahagian belakang anting-anting bernilai S$800,
- Dua klip rambut berbentuk bunga dengan nilam dan delima bernilai S$13,000,
- Satu klip rambut berbentuk ular dengan permata bernilai S$7,000,
- Sepasang subang zamrud bernilai S$100,000,
- Rantai berlian kuning bernilai S$20,000,
- Rantai opal berlian bernilai S$28,000,
- Rantai berlian bernilai S$60,000,
- Loket nilam bernilai S$30,000,
- Loket berlian berbentuk anggur bernilai S$30,000,
- Seutas gelang emas bernilai S$10,000,
- Tiga emas bulat berbentuk berlainan bernilai S$5,000,
- Satu loket jed dan berlian bernilai s$7,000,
- Sepasang subang berlian bernilai S$100,000.
- Sebentuk cincin emas kecil bernilai S$200
- dan batu yang tidak diketahui nilainya
Long juga berdepan satu lagi tuduhan kerana memiliki dompet, jam tangan, sepasang anting-anting dan lima cincin ketika ditemui di sebuah hotel di Geylang pada 26 Jun, yang disyaki diperolehi melalui aktiviti penipuan.
Lelaki tersebut direman sejak 28 Jun dan tampil di mahkamah menerusi pautan video dari tempat mereka ditahan.
Kes mereka ditangguhkan untuk persidangan pra-perbicaraan pada September.
Jika sabit kesalahan pecah masuk untuk melakukan kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.