Kes rompakan atas kapal di Selat SG lonjak 12% tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
Perairan Singapura (Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Rompakan bersenjata ke atas kapal di Selat Singapura semakin meningkat.
Menurut pusat perkongsian maklumat maritim ReCAAP, terdapat 55 kes rompakan tahun lalu, naik sekitar 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini merangkumi lebih separuh daripada kejadian serupa di Asia.
Ia juga menandakan jumlah kes yang kedua tertinggi dalam masa sedekad dengan yang paling tinggi iaitu 90 kes pada 2015.
Kawasan yang paling sering dicemari kejadian kecurian melibatkan pelaku yang tidak bersenjata dan tiada kecederaan dilaporkan oleh anak kapal.
Ada juga kejadian yang melibatkan sampan dan pisau oleh penjenayah dalam satu operasi untuk mencuri besi terpakai dari kapal tunda dekat Pulau Kusu.
ReCAAP menjelaskan kelembapan ekonomi di rantau ini dan lalu lintas marin yang tinggi sepanjang Selat Singapura merupakan antara faktor yang mendorong pertambahan kes jenayah.
Namun lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk membanteras jenayah sedemikian.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.