Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes rempuh kereta di Marsiling: Lelaki 36 tahun didakwa berkait dadah, senjata dan kesalahan lain

Anggaran Waktu Membaca:
Kes rempuh kereta di Marsiling: Lelaki 36 tahun didakwa berkait dadah, senjata dan kesalahan lain

Gambar: Singapore Road Accident/Facebook, SPF

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dilihat dalam video tular cuba memandu keluar dari kesesakan lalu lintas sambil dikejar oleh para pegawai polis telah didakwa di mahkamah pada Khamis (30 Mei) atas pelbagai kesalahan.

Muhammad Idris Musbah, seorang rakyat Singapura berusia 36 tahun, didakwa dengan 12 tuduhan yang merangkumi kesalahan memiliki dadah, menganggotai kumpulan samseng dan mengendalikan jentera secara terburu-buru.

Tuduhan-tuduhan lain termasuk menyertai perhimpunan haram yang bertujuan untuk menyebabkan kecederaan pada seseorang dengan senjata berbahaya dan memiliki senjata buku lima.

Pendakwa polis mengusulkan penangguhan selama empat minggu sedang siasatan dijalankan.
Idris mahu dibicarakan bagi salah satu tuduhan - mengenai perhimpunan haram dengan senjata berbahaya - dan memohon untuk membuat panggilan telefon.

Kesnya ditangguhkan bagi sidang pra-perbicaraan pada Jun.

Menurut kenyataan polis, pihaknya menjawab panggilan meminta bantuan di persimpangan antara Admiralty Road dan Marsiling Lane pada sekitar pukul 5.50 petang Selasa.

Para pegawai polis berjaya memberkas Idris "selepas berlaku pergelutan", menurut pihak berkuasa. Hasil siasatan yang dijalankan, Idris didapati dikehendaki oleh kedua-dua pihak polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Peralatan dadah dan senjata seperti kayu belantan, pisau serta buku lima dirampas daripada Idris, bersama dengan tujuh kad tunai dan bahan yang disyaki dadah.

Menurut kenyataan polis, Idris berdepan dengan siasatan terhadap kesalahan-kesalahan lain termasuk memandu tanpa lesen atau insurans, menggunakan kenderaan yang tidak berdaftar, menunjukkan lesen palsu dan membawa belantan di khalayak ramai.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan