Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes remaja radikal 'membimbangkan'; Presiden Halimah beri saranan bagaimana tangani trend

Kes-kes melibatkan golongan muda menjadi radikal secara sendiri yang timbul lewat kebelakangan ini membimbangkan, kata Presiden Halimah Yacob, sedang beliau memberi saranan-saranan tentang cara bagaimana untuk menangani trend tersebut serta keprihatinan dalam masyarakat Muslim.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes remaja radikal 'membimbangkan'; Presiden Halimah beri saranan bagaimana tangani trend

Petikan video yang dicipta oleh remaja berusia 16 tahun yang menjadi radikal, menggunakan wadah permainan online Roblox.

Diterbitkan : 27 Feb 2023 07:54AM Dikemas Kini : 27 Feb 2023 01:05PM
SINGAPURA: Kes-kes melibatkan golongan muda menjadi radikal secara sendiri yang timbul lewat kebelakangan ini membimbangkan, kata Presiden Halimah Yacob, sedang beliau memberi saranan-saranan tentang cara bagaimana untuk menangani trend tersebut serta keprihatinan dalam masyarakat Muslim.

Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di sambutan ulang tahun ke-19 kumpulan silang agama, Roses of Peace, pada Ahad (26 Feb), selaku penaung kumpulan itu.

Beliau mengulas demikian menyusuli beberapa pendedahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) sejak minggu-minggu kebelakangan ini berhubung penahanan remaja yang menjadi radikal.

Menggambarkan insiden-insiden ekstremisme dalam negeri itu sebagai membimbangkan, Puan Halimah berkata Singapura mesti meneruskan usaha untuk menangkis naratif palsu dan "menjelaskan mengapa ISIS tidak mewakili atau melambangkan Islam mahupun Muslim sama sekali".

Belia yang bimbang tentang kejadian dunia yang genting seharusnya diberikan ruang yang selamat untuk berbincang, bertanyakan soalan-soalan serta mendapat tahu dengan lebih dalam lagi daripada para pakar berpengetauan dalam bidang tersebut, kata Puan Halimah.

Dengan cara itu, mereka boleh diberikan fakta-fakta dan maklumat tepat untuk "menentang naratif palsu yang memesongkan di media sosial yang menimbulkan kekeliruan, kekaburan dan memperdayakan mereka".

Presiden juga melancarkan Program Pejuang Keharmonian atau 'Harmony Champions', kendalian hasil kerjasama badan tersebut dengan Yayasan Temasek.

Program itu mahu mewujudkan ruang-ruang selamat di institusi-institusi pengajian tinggi bagi membincangkan diskriminasi dan xenofobia.

Dilancarkan Presiden Halimah Yacob di Istana pada Ahad, beliau menekankan betapa membina kepercayaan dan empati mesti dimulakan di peringkat awal kehidupan lagi.

Ini mentelah lagi dengan wujudnya kes-kes baru-baru ini di mana remaja menjadi radikal secara sendiri.

"Program Pejuang Harmoni begitu adalah inisiatif yang bermakna yang akan memberikan panduan dan pengupayaan kepada beliau kita untuk mengendalikan perbincangan yang kompleks dan kadangkala rumit, berhubung topik-topik yang sangat peribadi iaitu agama dan identiti, tanpa terjerumus menjadi pahit atau bermusuhan," ujar Puan Halimah.
 
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan