Skip to main content

Singapura

Kes remaja 16 tahun jadi radikal satu peringatan ekstremisme tidak kenal kaum atau agama, tegas AMP

Kes baru-baru ini di mana seorang pelajar tempatan berusia 16 tahun menjadi radikal setelah terpengaruh dengan ideologi ketuanan kulit putih adalah satu lagi peringatan bahawa radikalisasi tidak mengenal sempadan, kaum atau agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes remaja 16 tahun jadi radikal satu peringatan ekstremisme tidak kenal kaum atau agama, tegas AMP

Gambar fail seorang lelaki melihat skrin komputer.

SINGAPURA: Kes baru-baru ini di mana seorang pelajar tempatan berusia 16 tahun menjadi radikal setelah terpengaruh dengan ideologi ketuanan kulit putih adalah satu lagi peringatan bahawa radikalisasi tidak mengenal sempadan, kaum atau agama.

Demikian menurut AMP dalam kenyataan medianya hari ini (26 Jan).

Menurut AMP, selama bertahun-tahun, terdapat andaian bahawa radikalisasi atau ekstremisme adalah masalah terpencil yang menjejaskan terutamanya masyarakat Islam di sini.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menarik perhatian bahawa bahaya fahaman pelampau melangkaui kaum dan agama, yang sekali gus menekankan betapa pentingnya untuk menanganinya sebagai keprihatinan masyarakat yang lebih luas.

Di Singapura, ekstremisme secara terang-terangan jarang berlaku tetapi penyebaran maklumat berat sebelah di internet terus mempengaruhi secara negatif golongan belia dan seterusnya menjejaskan masyarakat di sini.

Dalam kenyataan yang sama, AMP turut menekankan bahawa golongan remaja secara khususnya mudah terjejas dan terpengaruh dengan fahaman pelampau sedemikian.

Kekurangan usaha pendampingan, ditambah pula dengan perasaan terasing atau terpinggir, hanya akan memudahkan ideologi yang membahayakan ini berakar umbi.

Ini sekali gus menekankan lagi betapa pentingnya usaha pencegahan yang bersasar dan berterusan daripada semua segmen masyarakat.

Menurut AMP, adalah penting untuk melibatkan belia dan remaja dengan cara yang lebih baik dan berkesan bagi menggalakkan mereka supaya menjadi lebih arif dengan maklumat yang tersedia bagi mengurangkan risiko yang terkait dengan pengaruh fahaman pelampau.

Menurut AMP selanjutnya, ia percaya sokongan masyarakat sangat penting dan menerusi pelibatannya dengan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG), AMP komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dan pihak berkuasa untuk mendidik dan melengkapi para belia dan remaja dengan kemahiran berfikir secara kritis dan membina daya tahan terhadap manipulasi online.

Menurut pertubuhan itu lagi, melibatkan para belia dalam sesi dialog secara terbuka dan memupuk pemahaman yang lebih baik adalah komponen penting bagi membanteras ajaran atau ideologi fahaman pelampau.

"Radikalisasi menjejas semua orang. Menerusi pendidikan, sesi dialog terbuka dan usaha bersama, kita dapat membina masyarakat yang lebih berdaya tahan terhadap ideologi pelampau dan melindungi keharmonian berbilang agama dan budaya di Singapura," menurut AMP dalam kenyataan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita