Kes remaja 14 tahun menjadi radikal "amat membimbangkan": Taman Bacaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Bacaan menyuarakan "keprihatinan mendalam" terhadap kes remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikenakan Arahan Sekatan selepas menjadi radikal sendiri secara online.
Laporan mengenai kes remaja tersebut didedahkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (28 Jan).

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Khamis (29 Jan), Presiden badan itu, Encik Abdul Halim Kader menegaskan bahawa kes itu "amat membimbangkan" kerana usia individu tersebut yang masih muda serta tahap pendedahan menerusi kaedah online yang dapat mempengaruhi kepercayaannya.
Badan itu juga menyokong pendekatan tegas namun bersifat mencegah yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap remaja itu.
"Pencegahan awal adalah penting untuk melindungi masyarakat sambil memberikan para individu terbabit satu peluang untuk pemulihan, mengubah laluan dan integrasi semula kepada masyarakat. Langkah-langkah keselamatan apabila digandingkan dengan bimbingan dan sokongan masyarakat adalah genting dalam menangani ancaman yang kian berubah ini," ujar Encik Halim.
Meski tiada tindakan ganas yang dilakukan oleh remaja itu, Encik Halim berpendapat pengaruh ideologi tetap merupakan risiko nyata.
"Kes ini mencerminkan realiti radikalisasi moden yang berbahaya. Pengaruh ekstremis hari ini berleluasa secara diam-diam menerusi ruang-ruang online, seperti di media sosial, masyarakat permainan online, platform video dan algoritma yang dicadangkan. Sekitaran sebegini boleh membiasakan pandangan-pandangan ekstremis, mengagungkan keganasan dan memutarbelitkan konsep keagamaan atau ideologi, terutama sekali di kalangan para belia yang kurang bimbingan, pemantauan dan kemahiran kritis," ujar Encik Halim.
Jika tidak dipantau, kata beliau, pendedahan sedemikian boleh "membawa kepada kemudaratan psikologi jangka panjang, pengasingan sosial, penghakisan kepercayaan terhadap institusi, dan pendedahan kepada keganasan."
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBIMBING DAN MENYOKONG GOLONGAN BELIA
Lantaran itu, Taman Bacaan ingin memperkukuhkan lagi usaha mendampingi masyarakat untuk memberi tumpuan kepada aspek celik digital, pemikiran kritis dan pendidikan yang berasaskan nilai-nilai.
Langkah tersebut menurut Encik Halim juga adalah sebahagian daripada komitmen persatuannya untuk mendampingi belia dan mengekalkan keamanan di Singapura.
"Kami akan terus bekerjasama dengan ibu bapa, para pendidik dan rakan-rakan masyarakat untuk membantu anak-anak muda meneroka ruang online dengan selamat, mengenal serta menolak naratif-naratif ekstremis," ujar beliau.
"Mencegah radikalisasi adalah tanggungjawab bersama. Masyarakat, sekolah-sekolah, badan-badan masyarakat dan rangkaian Melayu/Islam seperti M³, semua memainkan peranan penting untuk kekal waspada dan mengambil tindakan awal. Para belia kita mesti dilindungi bukan sahaja daripada bahaya fizikal, tetapi juga idea-idea yang tidak baik yang boleh memesongkan mereka tanpa disedari, merosakkan masa depan mereka dan menghakis keharmonian yang sekian lama kita usahakan sebagai satu negara," kata Encik Halim.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.