Kes rasuah bekas pengurus Majlis Bandaran Ang Mo Kio mula dibicarakan
Perbicaraan kes rasuah bekas Pengurus Besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio, Wong Chee Meng, bermula hari ini (25 Sep).
SINGAPURA: Perbicaraan kes rasuah bekas Pengurus Besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio, Wong Chee Meng, bermula hari ini (25 Sep).
Wong, yang dikenakan 55 tuduhan, didakwa menerima rasuah lebih S$100,000 daripada Yip Fong Yin dan Chia Sin Lan, pengarah dan pemilik saham dua syarikat yang melakukan kerja bagi majlis-majlis bandaran.
Hampir separuh rasuah yang didakwa diterima Wong dalam bentuk perbelanjaan hiburan di tempat-tempat karaoke, rumah urut dan makanan.
Chia juga, antara lain, dikatakan membantu Wong menghantar wang $30,000 kepada wanita simpanannya di China.
Dalam kenyataannya kepada pasukan penyiasat, Wong mengaku memberi layanan istimewa syarikat-syarikat Yip dan Chia sebagai balasan sogokan yang diterimanya.
Namun di mahkamah hari ini, peguamnya berkata Wong membuat pengakuan itu dalam keadaan tertekan oleh keluarganya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.