Kes positif COVID-19 dikesan; Masjid Sultan tutup hingga esok
Masjid Sultan ditutup sementara sejak pukul 6.00 petang hari ini (13 Sep) hingga esok (14 Sep) bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
SINGAPURA: Masjid Sultan ditutup sementara sejak pukul 6.00 petang hari ini (13 Sep) hingga esok (14 Sep) bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
Ini setelah seorang individu yang mengunjungi Masjid Sultan disahkan positif COVID-19.
Masjid itu akan dibuka semula mulai Subuh lusa (15 Sep).
Sebagai langkah berjaga-jaga, semua jemaah yang mengunjungi Masjid Sultan baru-baru ini dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka, dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan Facebooknya hari ini.
Kali terakhir ia dilaporkan tutup disebabkan kes serupa adalah pada Ogos tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.