Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes Platinum Dogs Club: Shanmugam ikrar jalankan siasatan terperinci, pengadilan

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shamugam hari ini (5 Jan) berkata bahawa "siasatan terperinci" akan dijalankan terhadap Platinum Dogs Club, sebuah pusat khidmat penginapan haiwan yang didakwa menganiayai haiwan-haiwan milik para pelanggannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2019 01:30PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:41PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shamugam hari ini (5 Jan) berkata bahawa "siasatan terperinci" akan dijalankan terhadap Platinum Dogs Club, sebuah pusat khidmat penginapan haiwan yang didakwa menganiayai haiwan-haiwan milik para pelanggannya.

Platinum Dogs Club diserbu pihak berkuasa pada 29 Dis 2018 menyusuli beberapa aduan bahawa haiwan peliharaan di bawah jagaannya, dianiaya.

Seorang pelanggan mendakwa anjingnya mati di bawah penjagaan pusat tersebut. Satu operasi mencari turut dijalankan selepas seekor anjing dilaporkan hilang ketika dijaga di pusat itu.

(Gambar: Jeremy Long)

Menerusi satu catatan Facebook hari ini (5 Jan), Encik Shanmugam berkata Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dan polis sedang menyiasat "beberapa dakwaan serius" terhadap Platinum Dogs Club.

"Rakyat Singapura tidak perlu khuatir: siasatan terperinci akan dijalankan dan proses pengadilan menyusul. Sesiapa yang didapati melakukan tindakan haram akan berdepan dengan akibatnya," tulis beliau.

"Terdapat juga dakwaan sesetengah pihak yang mengambil tindakan sendiri untuk menuntut keadilan kerana tidak percaya terhadap undang-undang. Mereka yang melakukan kesalahan seperti itu juga akan disiasat," tambahnya.

Pada Rabu (2 Jan), seorang lelaki berusia 40 tahun dikejarkan ke hospital selepas beliau dilanggar sebuah kereta di depan Platinum Dogs Club.

Menurut polis, lelaki itu mendakwa bahawa sebuah kenderaan melanggarnya ketika sedang mengundur keluar dari pusat penginapan haiwan itu, yang terletak di sebuah rumah sebandung di 7 Galistan Avenue di Bukit Panjang.

Lelaki itu antara mereka yang berkumpul di luar pusat berkenaan, menurut polis. Beliau dipercayai seorang sukarelawan yang membantu salah satu pemilik haiwan terjejas yang datang ke tempat kejadian untuk bersemuka dengan pemilik pusat.

Pemandu kenderaan berusia 33 tahun terbabit, bersama tujuh wanita dan empat lelaki, termasuk lelaki yang cedera itu, sedang memberi kerjasama dalam siasatan polis. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan