Skip to main content

Singapura

Kes penyakit berkaitan cuaca panas meningkat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 May 2023 07:35PM Dikemas Kini : 15 May 2023 09:54PM
SINGAPURA: Beberapa doktor menyaksikan lebih ramai pesakit yang mengalami masalah berkaitan cuaca panas sedang suhu di Singapura mencecah 37 darjah Celsius minggu lalu.

Perangkaan itu merupakan rekod tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Para pekerja luar pejabat seperti pekerja binaan lebih terdedah kepada cuaca panas memandangkan mereka berada di bawah mentari lebih lama.

Kanak-kanak juga merupakan satu lagi kumpulan berisiko kerana mereka lebih aktif dan akan lebih berpeluh.

Sebuah klinik kulit menyaksikan kenaikan antara 10 hingga 15 peratus pesakit dengan masalah berkaitan cuaca panas dengan kebanyakannya merupakan ruam panas dan gatal-gatal.

Meskipun kes itu kurang serius pada permulaannya, ia boleh menjadi lebih teruk dengan pantas seperti mengalami kekejangan otot atau pening-pening lalat.

Sebuah klinik keluarga juga menyaksikan lebih banyak kes jangkitan pernafasan akut semasa tempoh ini seperti sakit tekak dan demam.

Ia menasihatkan orang ramai supaya memastikan mereka minum air dan mempunyai waktu rehat yang cukup.

Bulan Mei adalah salah satu bulan paling panas di negara ini dan Jabatan Kaji Cuaca Singapura sebelum ini meramalkan separuh pertama bulan ini panas dan lembap.

Namun berita baiknya adalah hujan dijangkakan minggu ini.
Sumber : CNA/MM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita