Skip to main content

Singapura

Kes pengubahan wang haram S$3 bilion: Lelaki dipenjara kerana bersubahat dengan Su Haijin bohong kepada IRAS

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pengubahan wang haram S$3 bilion: Lelaki dipenjara kerana bersubahat dengan Su Haijin bohong kepada IRAS

Wang Junjie, bekas pengarah syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan dua individu yang disabitkan kesalahan dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion, meninggalkan Mahkamah Negara pada 23 Januari 2025. (Gambar fail: CNA/Ili Nadhirah Mansor)

Diterbitkan : 16 Jul 2026 11:32PM
SINGAPURA: Seorang lelaki yang bersubahat dengan salah seorang daripada 10 pesalah dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion untuk memberikan maklumat palsu kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) mengenai rekod kewangan sebuah syarikat, dijatuhi hukuman penjara pada Khamis (17 Jul).

Rakyat Singapura Wang Junjie, 43 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 32 minggu serta dilarang daripada memegang jawatan sebagai pengarah mana-mana syarikat selama lima tahun.

Beliau sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Su Haijin untuk membuat beberapa perwakilan palsu kepada IRAS mengenai hasil, keuntungan kasar dan penghutang dagangan (trade receivables) syarikat milik Su Haijin, Yihao Cyber Technologies.

Beliau juga mengaku bersalah atas lagi satu tuduhan kerana gagal bertindak secara jujur sebagai pengarah Yihao Cyber Technologies dengan memalsukan akaun dan kontrak.

Lagi 13 tuduhan turut diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Walaupun peguam Wang berhujah bahawa anak guamnya tidak meraih sebarang keuntungan besar selain bayaran profesional sebagai penyedia khidmat korporat, hakim berkata isu utama bukanlah jumlah keuntungan yang diperoleh, sebaliknya kelakuan Wang dalam jawatan yang dipegangnya.

Hakim menjelaskan bahawa apabila kepercayaan telah dikhianati dan sistem disalahgunakan, "kita perlu mengambil tindakan tegas", justeru hukuman berat adalah wajar.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita