Skip to main content

Singapura

Kes pengubahan wang haram: Ikat jamin ditolak bagi lelaki lompat dari balkoni dalam serbuan polis

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pengubahan wang haram: Ikat jamin ditolak bagi lelaki lompat dari balkoni dalam serbuan polis

(Gambar: CNA/Lydia Lam, Calvin Oh)

SINGAPURA: Salah seorang daripada 10 yang tertuduh dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$1 bilion, dinafikan ikat jamin kerana risiko yang amat tinggi untuknya meloloskan diri dari Singapura.

Su Haijin, 40 tahun, melompat dari balkoni tingkat dua untuk mengelak daripada diberkas, semasa serbuan polis.

Su, yang juga bekas pengarah bukan eksekutif restoran No Signboard Holdings, adalah warga Cyprus tanpa ada kaitan asal usul di Singapura.

Menurut Hakim, Su mempunyai banyak harta di luar negara yang membolehkannya berpindah dan menjalani kehidupan yang selesa di tempat lain.

Dalam perbicaraan mahkamah melalui pautan video, Su telah didakwa melawan daripada diberkas apabila dia didakwa enggan membuka pintu kepada pihak berkuasa di Good Class Bungalow miliknya pada 15 Ogos lalu.

Pada 6 September pula, dia dihadapkan satu lagi tuduhan memiliki wang daripada kesalahan jenayah berjumlah lebih empat juta dolar.

Su akan kembali ke mahkamah dalam masa sebulan untuk persidangan praperbicaraan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita