Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Pendakwa raya mohon hukuman penjara paling lama setakat ini bagi individu ke-9
Anggaran Waktu Membaca:
Ilustrasi: Rafa Estrada
SINGAPURA: Pihak pendakwa raya memohon hukuman penjara antara 17 hingga 18 bulan bagi individu kesembilan dalam siasatan pengubahan wang haram melibatkan 3 bilion dolar.
Ini menjadikannya tempoh hukuman penjara paling lama yang dimohon sejauh ini bagi individu tertuduh dalam kes tersebut.
Su Jianfeng, 36 tahun, disenaraikan sebagai warga Vanuatu dalam dokumen mahkamah tetapi dia dilahirkan di Fujian, China.
Dia mengaku bersalah terhadap setiap satu tuduhan memiliki wang hasil jenayah bernilai S$550,903 dan secara tidak jujur menggunakan kontrak penjualan hartanah untuk menjelaskan sumber wang S$2 juta yang dipindahkan ke akaun Maybanknya.
Lagi 12 tuduhan akan diambil kira dalam menentukan hukuman.
BAGAIMANA SU TERLIBAT PERNIAGAAN HARAM
Mahkamah diberitahu bahawa Su diperkenalkan kepada perniagaan perjudiaan haram oleh seseorang "lelaki warga Thailand yang tidak dikenali" pada 2013.
Perniagaan tersebut melibatkan laman perjudian online, yang pelanggan dari China akan mengaksesnya menerusi telefon mereka untuk membuat pertaruhan.
Su berjinak-jinak dengan perniagaan tersebut, dengan berkerja pada mulanya dari Kuala Lumpur, Malaysia sebelum ke Manila, Filipina. Dia mengiklankan laman tersebut dan menguruskan pekerja berkenaan, yang mengendalikan laman perjudian itu.
Pada Ogos 2019, anak-anak Su dipindahkan ke Singapura memandangkan dia ingin mereka belajar di sana, dan Su pun mengikuti mereka setahun kemudian.
Jabatan Ehwal Komersil Pasukan Polis Singapura mula menerima maklumat mengenai kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan penggunaan dokumen palsu untuk menutup sumber dana dalam akaun bank Singapura dari 2021.
Siasatan mendedahkan mengenai kegiatan sekumpulan rakyat asing itu. Pihak polis melancarkan serbuan serentak merata negara pada 15 Ogos 2023, untuk menahan suspek-suspek tersebut, termasuk Su.
Mereka menyerbu rumah Su di Third Avenue, sekali gus merampas wang tunai berjumlah S$550,903 dari peti besi di bilik tidur utamanya.
Wang tersebut adalah daripada perniagaan perjudian haram tersebut yang berpangkalan di Filipina, yang menyasarkan petaruh di China.
Di Singapura, Su mempunyai akaun bank dengan Maybank. Pada Mac 2021, Unit Pematuhan Jenayah Kewangan Maybank menghantar emel kepada pengurus perhubungan Su di Maybank, menunjukkan dua deposit yang mencurigakan.
Su menerima sejumlah kira-kira S$1 juta pada 2 Disember 2020, dan sejumlah S$969,970 lagi pada 3 Disember 2020 ke dalam akaun Maybank miliknya daripada Tuo Xin You Limited.
Su didapati berbohong mengenai asal usul wang tersebut memandangkan dia enggan Maybank mengetahui sumber sebenarnya.
Su akan dijatuhi hukuman pada Isnin.
Daripada 10 yang diberkas dan didakwa dalam siasatan kes itu, lapan dihukum penjara antara 12 dengan 15 bulan. Wang Dehai, tertuduh yang terakhir, akan mengaku bersalah pada Jumaat (7 Jun).

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.