Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Lelaki ketiga dijel, beli apartmen mewah dengan hasil jenayah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Lelaki ketiga dikaitkan dengan siasatan pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion yang membawa kepada 10 orang diberkas, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada Selasa (16 Apr).
Wang Baosen, seorang warga China 32 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki lebih S$600,000 melalui hasil jenayah dalam akaun bank isterinya, dan satu lagi tuduhan mengubah wang sebanyak S$1.48 juta untuk membeli apartmen mewah Park Nova di Tomlinson Road.
Sejumlah tuduhan lain dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Wang adalah salah satu daripada 10 individu yang diberkas dalam operasi polis di seluruh negara, berikutan siasatan polis selama dua tahun mengenai kemungkinan berlakunya kegiatan haram oleh sekumpulan warga asing.
Aset Wang bernilai lebih S$8 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, hartanah dan barangan berharga dirampas. Ia termasuk aset di bawah nama isterninya.
Timbalan Pendakwa Raya Foo Shi Hao berkata terdapat asas munasabah untuk mengesyaki aset tersebut diraih daripada hasil aktiviti perjudian haram luar negara.
Wang bersetuju supaya 100 peratus asetnya dilucutkan.
Mahkamah diberitahu bahawa jumlah sebanyak S$600,000 dimasukkan ke dalam akaun bank Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) isteri Wang sekitar 19 Januari tahun lalu. Wang menghantar dokumen perjanjian
palsu untuk membuktikan urus niaga tersebut, iaitu salah satu pertuduhan yang dipertimbangkan.
Siasatan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan bahawa Wang terlibat dalam aktiviti perjudian haram jarak jauh luar negara.
Ketika siasatan dijalankan, dia tidak dapat memberi maklumat atau membuktikan sejarah pekerjaannya, dan dia tidak memiliki sebarang sumber pendapatan yang sah, seperti yang diberitahu mahkamah.
Pada awalnya, Wang berkata jumlah wang S$600,000 tersebut adalah hasil hutang yang dilunaskan. Kemudian dia berkata ia diraih daripada jualan hartanah bapanya di luar negara, meskipun Wang tidak dapat membuktikannya.
Sekitar Jun 2021, isteri Wang berurusan dengan Shun Tak Cuscaden Residential (STCR) untuk membeli sebuah hartanah.
Sekitar 30 Mac 2022, Wang menggunakan S$1.48 juta daripada Hornet Bee International Trading untuk membayar 10 peratus daripada harga jualan sebuah unit di tingkat 19 Park Nova, iaitu apartmen mewah yand terletak di Tomlinson Road, kepada STCR.
Wang sekali lagi tidak dapat membuktikan penjelasan yang memuaskan kepada penyiasat terhadap sumber wang yang diperolehinya.
Pada mulanya, dia menafikan wang tersebut miliknya, namun kemudian mendakwa bahawa ia diperolehi daripada pembelian dan penjualan Bitcoin.
Dua individu dalam siasatan itu dijatuhkan hukuman pada awal April: Su Wenqiang diberi hukuman penjara 13 bulan pada 2 April, manakala Su Haijin diberi hukuman penjara 14 bulan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.