Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Lelaki keempat akan mengaku bersalah pada 30 Apr
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPF
SINGAPURA: Lelaki keempat daripada 10 individu yang disyaki terlibat dalam skim pengubahan wang haram terbesar di Singapura, dijangka akan mengaku bersalah pada 30 Apr.
Zhang Ruijin, 45 tahun, akan mengaku bersalah atas tiga tuduhan memalsukan dokumen.
Menurut kertas pertuduhan, dia dipercayai memalsukan tiga dokumen, yang menyatakan dia telah meminjam wang daripada sebuah firma Hong Kong dan menerima wang daripada penjualan dua hartanah di Macau.
Dokumen tersebut digunakan untuk menipu Bank CIMB.
Rakyat China itu, yang sedang direman, diwakili Encik Eugene Thuraisingam dari Eugene Thuraisingam LLP.
Tiga daripada 10 lelaki yang terlibat dalam kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion - Su Wenqiang, Su Haijin dan Wang Baosen — sudahpun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman.

Kes yang baru-baru ini dilaporkan melibatkan Wang, 32. Dia dihukum penjara 13 bulan pada Selasa (16 Apr) kerana memiliki hampir S$600,000 hasil jenayah dalam akaun bank isterinya, dan kerana mengubah wang sebanyak S$14.9 juta untuk membeli apartmen mewah di Tomlinson Road.
Bagi kesalahan melakukan pemalsuan, Zhang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.