Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Dua bekas kakitangan bank & bekas pemandu akan didakwa di mahkamah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Calvin Oh
SINGAPURA: Tiga lelaki, berusia antara 26 hingga 41 tahun, akan didakwa di mahkamah pada Khamis (15 Ogos) atas kesalahan berkaitan salah satu kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura.
Dua daripada tertuduh merupakan bekas pengurus hubungan bank, yang mempunyai klien-klien yang disabitkan kesalahan dalam kes tersebut termasuk Su Baolin, Vang Shuiming dan Lin Baoying.
Ketiga-tiga tertuduh adalah antara 10 warga asing yang disabitkan kesalahan dan dipenjara atas kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan lain.
Seorang lagi individu itu adalah pemandu peribadi kepada Su Binghai, yang kini dikehendaki polis kerana terlibat dalam dakwaan kesalahan pengubahan wang haram.
“Kes-kes mereka berkaitan dengan sekumpulan individu yang disabitkan dengan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti jenayah terancang luar negara di Singapura, dan orang lain yang disyaki melakukan perkara yang sama tetapi tidak kembali ke Singapura untuk menghadapi siasatan sejak siasatan bermula,” kata polis pada hari Rabu (14 Ogos).
Pekerja bank pertama, warga China berusia 26 tahun, adalah pengurus perhubungan sebuah bank asing yang diperbadankan di Singapura.
Pelanggannya termasuk Su Baolin dan Vang.
Siasatan mendapati pada atau sekitar Disember 2020, lelaki itu didakwa bersubahat dengan Su Baolin dengan membuat perjanjian pinjaman palsu untuk menipu bank lain mengenai sumber deposit yang dimasukkan ke dalam akaun bank Su Baolin.
Dia juga didakwa memiliki wang tunai S$481,678 yang dikutip bagi pihak Su Baolin pada 15 Disember 2020, di mana dia tidak dapat memberikan butiran yang memuaskan mengenai sumbernya, kata polis.
Antara 19 April 2021 hingga 25 April 2021, lelaki itu didakwa memalsukan dokumen pinjaman untuk menipu bank tempat dia bekerja mengenai sumber dana Vang, sekaligus membenarkan deposit SS$999,980 ke dalam akaun bank Vang pada 29 Mac 2021.
Kakitangan bank kedua, warga China berusia 35 tahun, adalah pengurus perhubungan cawangan bank tempatan yang diperbadankan di negara asing, di mana Lin merupakan salah seorang pelanggannya.
Dia didakwa menerima pelbagai pindaan dokumen cukai palsu daripada Lin sebelum menyerahkan versi terakhir kepada bank sebagai dokumen sokongan untuk memudahkan pembukaan akaun bank di Switzerland.
Seorang lagi individu, warga Singapura berusia 41 tahun, adalah pemandu peribadi kepada Su Binghai, yang kini dikehendaki polis.
Dia menghadapi pertuduhan kerana didakwa berbohong kepada polis bahawa Su Binghai tidak meninggalkan apa-apa barang berharga dalam simpanannya, dan kerana menghalang proses keadilan dengan melupuskan empat kenderaan milik Su.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.