Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: Bekas kakitangan bank didakwa bantu suspek
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Dua bekas pengurus bank dan seorang pemandu didakwa di mahkamah pada Khamis (15 Ogos) kerana membantu para suspek kes pengubahan wang haram bernilai berbilion dolar.
Ini selepas kesemua 10 pesalah dalam kes pengubahan wang haram itu selesai menjalani hukuman masing-masing dan diekstradisi ke negara asal mereka.
Lelaki-lelaki yang baru didakwa adalah: Pengurus bank dan warga China Wang Qiming, 26 tahun, dan Liu Kai, 35 tahun, serta warga Singapura Liew Yik Kit, 41, yang merupakan pemandu peribadi kepada lelaki yang dikehendaki, Su Binghai.
Wang didakwa dengan 10 tuduhan, termasuk pemalsuan, pengubahan wang haram dan menghalang keadilan.
Dia didakwa memiliki wang tunai sebanyak S$481,678 milik Su Baolin dan memalsukan dokumen pinjaman untuk menipu bank yang dia bekerja bagi membolehkan deposit hampir S$1 juta dimasukkan ke dalam akaun Vang Shuiming.
Liu adalah seorang pengurus di Bank Julius Baer & Co, dengan Lin Baoying adalah salah satu pelanggannya.
Dia didakwa membantunya menyerahkan dokumen cukai China yang palsu kepada bank tersebut sebelum 24 Nov 2020 untuk membantu Lin membuka akaun di Switzerland.
Liew adalah pemandu peribadi Su Binghai, yang masih belum diberkas dan dikehendaki polis Singapura atas peranannya dalam skim pengubahan wang haram.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.