Kes pengubahan wang haram berbilion dolar: 4 firma undang-undang terlibat dalam pindah milik hartanah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua firma undang-undang yang menyediakan perkhidmatan undang-undang untuk pembelian hartanah yang disita dalam kes pengubahan wang haram berbilion dolar di Singapura diperintahkan untuk membayar denda kewangan bernilai puluhan ribu.
Kementerian Undang-Undang menyatakan pada Selasa (15 Jul) bahawa ia menyokong pengarah perkhidmatan undang-undang untuk menjalankan siasatan terhadap 24 firma undang-undang yang terlibat dalam pindah milik hartanah yang disita dalam operasi anti-pengubahan wang haram pada Ogos 2023.
Siasatan terhadap 11 firma undang-undang kini selesai, menurut kementerian undang-undang pada Selasa menerusi satu kenyataan.
Dua firma undang-undang diperintahkan untuk membayar denda kewangan sebanyak S$30,000 dan S$100,000 masing-masing.
"Pengarah perkhidmatan undang-undang mengeluarkan notis berkanun kepada firma undang-undang ketiga mengenai niat untuk memerintahkan firma undang-undang tersebut membayar denda kewangan sebanyak S$70,000," tambah kementerian itu.
"Keputusan muktamad akan dibuat selepas penyerahan bertulis firma undang-undang tersebut diterima dan dipertimbangkan, jika ada."
Firma undang-undang keempat ditegur secara peribadi oleh pengarah perkhidmatan undang-undang manakala seorang peguam dirujuk kepada Persatuan Undang-Undang Singapura untuk tindakan tatatertib.
"Pengarah perkhidmatan undang-undang menentukan bahawa tidak perlu mengambil tindakan pengawalseliaan lanjut terhadap tujuh firma undang-undang," menurut kementerian undang-undang itu.
Dapatan siasatan untuk 13 firma undang-undang yang selebihnya, dan sama ada mana-mana peguam yang berkenaan perlu dirujuk kepada Persatuan Undang-Undang Singapura untuk tindakan tatatertib, sedang dipertimbangkan, tambahnya.
Semua firma undang-undang dan peguam tertakluk kepada kewajipan antipengubahan wang haram di bawah Akta Kerjaya Guaman 1966.
Kewajipan itu termasuk melakukan analisis yang mencukupi terhadap risiko pengubahan wang haram berkaitan setiap pelanggan dan melaksanakan langkah-langkah usaha wajar pelanggan yang selaras dengan profil risiko pelanggan.
Kes pengubahan wang haram itu melibatkan jutaan dolar yang diperoleh selama beberapa tahun daripada sindiket perjudian haram - dengan pangkalan di Asia Tenggara dan disasarkan kepada penjudi di China - ditukar menjadi kereta mewah, jam tangan mahal, hartanah di kawasan paling mewah di Singapura, barang kemas, barangan pereka, mata wang kripto dan wang tunai.
Sebanyak 54 hartanah sudahpun disita setakat Disember 2024.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.