Kes penganiayaan Kinderland tidak 'cerminkan' keseluruhan sektor prasekolah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Insiden baru-baru ini melibatkan pusat prasekolah Kinderland, di mana gurunya dirakam menganiaya kanak-kanak "tidak mencerminkan" keseluruhan sektor prasekolah.
Demikian kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling di parlimen pada Isnin (18 Sep).
"Ramai pendidik prasekolah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa," kata Cik Sun, terhadap dakwaan kes penganiayaan prasekolah di Woodlands Mart dan Sunshine Plaza di Choa Chu Kang, yang tular di media sosial pada lewat Ogos.

SOKONG PENDIDIK, UTAMAKAN KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK
Cik Sun pada Isnin mengakui bahawa terdapat beberapa individu yang bimbang terhadap beban "berat" kerja pendidik sehingga menyebabkan tekanan dan mungkin membawa kepada "insiden buruk" seperti yang berlaku baru-baru ini.
Untuk menyokong para pendidik, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) sedang berusaha untuk "memperbaiki kerjaya dan persekitaran kerja pendidik prasekolah", kata Cik Sun.
Langkah-langkah tersebut termasuk menaikkan gaji mereka dan menawarkan sumber bagi pembangunan profesional, serta program-program untuk menjaga kesejahteraan mereka.

Pemerintah juga sudah bekerjasama dengan pengendali dibiayai pemerintah untuk melaksanakan kenaikan gaji tahun ini dan akan melakukan demikian pada 2024, tambahnya.
ECDA juga akan menyediakan sumber untuk pendidik mengambil tanggungjawab ke atas pembangunan profesional, menajamkan kemahiran dan merancang kemajuan kerjaya mereka, kata Cik Sun.
Selain itu, EDCA sudah mengambil langkah untuk memperbaiki persekitaran di tempat kerja, seperti memansuhkan operasi pusat jagaan kanak-kanak pada Sabtu.

Lebih banyak langkah sedang dirancang, seperti semakan semula ECDA ke atas amalan "tempoh tanpa kontak" yang dilaksanakan di prasekolah-prasekolah untuk memberi peluang kepada pendidik berehat pada waktu bekerja.
Pendidik dapat "menyegarkan diri dan menyelesaikan tugas selain mengajar", tambah Cik Sun.
Hasil semakan itu akan dikongsi dengan sektor tersebut tidak lama lagi.
Cik Sun menekankan perlunya untuk ibu bapa dan pengendali melaksanakan penambahbaikan tersebut dalam persekitaran pekerjaan sektor prasekolah.
Beliau menambah bahawa "guru yang dijaga, boleh menjaga anak-anak kita dengan lebih baik".
Untuk membantu pengendali menyokong majikan mereka, ECDA melancarkan Panduan Amalan baik untuk membimbing mereka melaksanakan amalan tempat kerja serta sumber manusia terbaik. Ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan membantu kesejahteraan kakitangan mereka.
ECDA juga bekerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) untuk menawarkan program dan pengendali untuk menyokong kesejahteraan mereka secara keseluruhan.
Cik Sun menarik perhatian kepada pengakuan Anggota Parlimen (AP) Melvin Yong di mana beliau berkata bahawa "kebanyakan pendidik menunjukkan contoh yang baik", dan "kita patut memberikan semangat kepada mereka kerana mereka terjejas dengan insiden yang baru berlaku".
Cik Sun juga berkata beliau gembira melihat ibu bapa yang berkongsi sentimen serupa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.