Kes penderaan kanak-kanak naik ketika kesedaran tentang keganasan domestik meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi-agensi masyarakat tempatan menyaksikan peningkatan pada kes penderaan kanak-kanak dengan kebimbangan risiko rendah-sederhana antara 2021 hingga 2023, berdasarkan laporan diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Khamis (26 Sep).
Terdapat 2,787 kes sedemikian tahun lalu, naik 17 peratus berbanding 2,377 pada 2021.
Dalam laporan Trend Keganasan Rumah Tangganya, MSF mentakrifkan kes tahap 1 sebagai kebimbangan keselamatan dan risiko rendah hingga sederhana bagi golongan lemah.
Kes tersebut termasuk penderaan menerusi lisan, seperti kata-kata kesat, yang tidak mencetuskan keganasan fizikal atau penderaan psikologi yang teruk.
Kes tahap 1 diuruskan oleh agensi-agensi masyarakat, yang termasuk pusat pakar perlindungan kanak-kanak dan pusat khidmat keluarga.
Kes dengan kebimbangan keselamatan dan risiko tinggi dan memerlukan campur tangan undang-undang diklasifikasikan sebagai "tahap 2".
Salah satu contoh kes tersebut adalah apabila ibu bapa menyebabkan kecederaan parah kepada anak mereka seperti melecur atau patah tulang. Kes tahap 2 diuruskan oleh MSF.
Menurut laporan tersebut, jumlah kes penderaan tahap 2 turun sedikit sebanyak 6 peratus, daripada 2,141 kes pada 2021 kepada 2,100 kes tahun lalu. Meskipun demikian, jumlah itu lebih tinggi daripada sebelum COVID-19.
Menurut MSF, ia mungkin disebabkan tekanan yang meningkat dan konflik dialami keluarga ketika pandemik.
Kementerian itu juga mengaitkan angka tinggi tersebut kepada kempen pemerintah dan masyarakat sepanjang tempoh tersebut yang dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang penderaan domestik dan menggalakkan agar melaporkan penderaan kanak-kanak.
Kanak-kanak antara usia tujuh hingga 12 tahun membentuk kumpulan terbesar kes tahap 1, manakala mereka berusia enam tahun dan ke bawah membentuk jumlah kes tertinggi bagi tahap 2.
Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling memberitahu wartawan bahawa jumlah kes penderaan kanak-kanak sangat membimbangkan.
"Kami menyaksikan bahawa jenis penderaan utama terhadap kanak-kanak adalah dalam bentuk penderaan fizikal. Kami ingin meningkatkan kesedaran tentang perkara ini dan juga bekerjasama dengan pendidik dan rakan kongsi masyarakat supaya kita lebih bersedia untuk mengesan kes penderaan kanak-kanak,” katanya pada 17 September.
Ketika menjelaskan pendirian kementeriannya mengenai hukuman fizikal, Cik Sun berkata: “Kami mengiktiraf peranan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. Tetapi terdapat had apabila cara mendisiplin itu menjadi terlalu keras dan keterlaluan, dan kesannya boleh dilihat jika terdapat luka dan tanda penderaan yang keterlaluan pada kanak-kanak."
Dalam kes sedemikian, Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak MSF akan menyiasat kes tersebut dan mengemukakannya ke mahkamah, tambahnya.
MSF menyatakan kadar kejadian kes tahap 2 kekal rendah pada kurang daripada tiga kes bagi setiap 1,000 kanak-kanak, iaitu kadar yang rendah berbanding negara lain. Sebagai contoh, kadar kejadian adalah 21 bagi setiap 1,000 kanak-kanak di Australia antara 2021 hingga 2022.
PENDERAAN DEWASA
Laporan setebal 28 muka surat itu juga menarik perhatian kepada trend utama dalam penderaan melibatkan pasangan, warga emas dan orang dewasa yang lemah.
Ia menunjukkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan pasangan baharu tahap 1, serta penderaan warga emas tahap 1.
Bagi penderaan pasangan, jumlah kes baharu meningkat daripada 1,632 kes pada 2021 kepada 2,008 (peningkatan 23 peratus) tahun lalu. Manakala kes penderaan warga emas tahap 1 baharu meningkat sedikit sebanyak 5 peratus daripada 283 kepada 297 pada tempoh yang sama.
Laporan MSF membayangkan bahawa ia juga mungkin disebabkan oleh kesedaran yang lebih tinggi tentang keganasan domestik dan peningkatan dalam usaha untuk mengesan dan merujukkan kes penderaan warga emas kepada agensi-agensi masyarakat.
Sementara itu, jumlah kes penderaan tahap 2 baharu melibatkan dewasa yang lemah berusia 65 tahun dan ke atas, yang membentuk majoriti golongan dewasa lemah, turun separuh daripada 84 pada 2021 kepada 42 kes tahun lalu.
Begitu juga jumlah baharu kes penderaan tahap 2 melibatkan orang dewasa yang lemah berusia antara 18 hingga 64 tahun, turun mendadak daripada 42 kepada 23 kes dalam tempoh yang sama, iaitu penurunan sebanyak 45 peratus.
MSF menyatakan jumlah kecil penderaan warga emas dan orang dewasa yang lemah mungkin mencadangkan bahawa lebih banyak usaha diperlukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kes sedemikian.
MENANGANI KEGANASAN DOMESTIK
Pemerintah melaksanakan langkah-langkah untuk menangani keganasan domestik secara bertahap-tahap, sejak ia menubuhkan pasukan bertindak bagi keganasan keluarga pada 2020.
Ia termasuk memulakan kempen untuk meningkatkan kesedaran awam dan melatih individu daripada sektor berbeza seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah, cara mengesan dan melaporkan tanda-tanda keganasan domestik.
Sebuah pasukan tindak balas 24 jam, tujuh hari seminggu ditubuhkan pada April tahun lalu untuk menangani kes keganasan domestik berisiko tinggi, dengan 307 kes ditangani tahun lalu.

MSF menyatakan ia sedang berusaha untuk menggubal Akta Keganasan Domestik, bagi memperluaskan perlindungan kepada orang yang mempunyai hubungan selain daripada keluarga.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.