Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes pemandu Maserati seret polis; tempoh penjara ditambah, satu lagi larangan memandu seumur hidup

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pemandu  Maserati seret polis; tempoh penjara ditambah, satu lagi larangan memandu seumur hidup

Pemandu kereta Maserati Lee Cheng Yan. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 27 Jan 2022 08:36PM Dikemas Kini : 27 Jan 2022 08:38PM

SINGAPURA: Lee Cheng Yan, yang sedang menjalani hukumannya kerana mengheret seorang pegawai polis trafik di jalan raya untuk melarikan diri, dkenakan hukuman penjara tambahan dan satu lagi larangan memandu seumur hidup pada Khamis (27 Jan) atas tuduhan baru terhadapnya.

Lee, 38 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan dan 16 minggu penjara, dilarang memandu seumur hidup serta denda S$1,000.

Tempoh hukuman penjara baru itu bermula selepas hukuman sedia ada tamat. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara empat tahun dan tujuh bulan yang dikenakan pada Julai 2020 serta denda berjumlah S$3,700 dan dilarang memandu seumur hidup.

Lee mengaku bersalah atas 15 tuduhan. Ini termasuk, kesalahan trafik seperti memandu semasa di bawah larangan, memandu dengan bahaya dan mengelakkan pemeriksaan polis dalam sekatan jalan raya.

Satu lagi tuduhan melibatkan pertaruhan bola sepak secara haram. Dia meletakkan taruhan S$38,000, menghantar mesej mengugut kepada individu yang berhutang dengannya dalam pertaruhan bola sepak secara haram online dan mengagihkan hadiah hasil pertaruhan itu.

Tuduhan ketiga melibatkan Lee menghasut seorang lelaki untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada sistem Singtel untuk mendapatkan alamat pelanggan telko itu, supaya pihak ketiga boleh menjejaki mereka untuk mengutip wang yang dihutang.

Lagi 54 tuduhan turut diambil kira.

BACA: Dituduh pandu secara bahaya walau dilarang memandu setelah seret polis dengan Maserati

BACA: Pemandu Maserati dilarang memandu seumur hidup, dipenjara lebih 4 tahun kerana heret polis semasa cuba larikan diri

TUDUHAN LAIN

Selain kesalahan trafik, Lee juga mengaku bersalah membantu tertuduh bersama Philbert Lim Zong Xian, 34 tahun untuk mendapatkan alamat pelanggan yang berhutang dengannya. Lim menerima S$1,000 selepas membantu Lee.

Pada 2017, Lee menghubungi seorang lagi lelaki, Kelvin Foo Cheek Ann, yang pada masa itu bekerja sebagai pegawai runcit cawangan Singtel di Parkway Parade.

Dia menawarkan Foo $20 bagi setiap nombor telefon diakses dari sistem Singtel.

Lee kemudian memberikan maklumat itu kepada Lim. Pelanggan Singtel yang terjejas kemudian membuat laporan selepas diganggu dengan panggilan telefon, mesej dan orang yang datang ke rumah mereka untuk menuntut wang.

Lee juga mengaku menjadi ejen dan bertindak sebagai pengumpul taruhan dalam kegiatan pertaruhan haram secara online dan loteri antara Ogos 2015 dengan September 2017.

PESALAH BENTAN: PENDAKWA RAYA

Pendakwa raya meminta Lee dikenakan sekurang-kurangnya 25 bulan penjara dan larangan memandu seumur hidup, menyifatkannya sebagai "pesalah bentan" dengan "69 kesalahan tertunggak".

Menurut mereka lagi "tertuduh jelas tidak menghormati undang-undang dan hukuman penjara yang panjang diperlukan bagi kesalahan sedemikian".

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan