Kes pelajar NUS cabul wanita: Kesalahan Terence Siow serius, kata pendakwa
Kesalahan yang dilakukan oleh Terence Siow Kai Yuan, 23 tahun adalah serius, menurut pihak pendakwa dalam satu perbicaraan selepas dia disabit kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita pada Jumaat (4 Okt).
Terence Siow. (Gambar: Hanidah Amin)
SINGAPURA: Kesalahan yang dilakukan oleh Terence Siow Kai Yuan, 23 tahun adalah serius, menurut pihak pendakwa dalam satu perbicaraan selepas dia disabit kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita pada Jumaat (4 Okt).
Siow, seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) dijatuhi hukuman probesyen selama 21 bulan pada September kerana mencabul kehormatan seorang wanita 28 tahun di sebuah stesen MRT tahun lalu. Dua lagi tuduhan diambil kira.
Pada Jumaat, pihak pendakwa memohon untuk menggantung hukuman probesyen yang dikenakan ke atas Siow sementara menanti rayuan mereka terhadap hukuman itu.
Sejak itu, pihak pendakwa sudah memfailkan notis terhadap hukuman itu, kata Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong.
Peguambela Raphael Louis berkata bahawa anak guamnya patut dibenarkan untuk meneruskan probesyen, yang menurutnya membantu Siow.
Siow tiba di mahkamah dengan pelitup muka menutupi bahagian mulutnya dan topi menutupi mukanya.
Encik Louis menggesa hakim untuk membenarkan Siow "meneruskan proses pemulihan".
"Dia berhubungan dengan pegawai probesyen. Dia memerlukan bantuan, dia perlu berubah, tetapi dia tidak boleh berubah sendirian," kata peguamnya. "Keluarganya ada, tetapi pegawai probesyen juga ada untuk membantunya."
NUS memberitahu Mediacorp bahawa ia membentuk sebuah lembaga disiplin pada Oktober tahun lalu untuk meneliti kelakuan Siow, dan kemudian mengenakan sekatan-sekatan disiplin terhadapnya termasuk penggantungan.
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara selama enam minggu dijatuhkan ke atas pelajar NUS itu berbanding hukuman probesyen yang diberikan oleh Hakim Kaur.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, hakim menerima permohonan pihak pendakwa untuk menggantung hukuman probesyen ke atas Siow sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.