Skip to main content

Singapura

Kes pecah rumah di The Tiong Bahru Club: lelaki ditangkap

Seorang lelaki 31 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi wang sebanyak $1,000 dari kedai makan The Tiong Bahru Club di Eng Hoon Street.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pecah rumah di The Tiong Bahru Club: lelaki ditangkap

The Tiong Bahru Club. (Gambar: The Singapura Club/Facebook)

Diterbitkan : 25 Jan 2018 07:47PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 07:50PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 31 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi wang sebanyak $1,000 dari kedai makan The Tiong Bahru Club di Eng Hoon Street.

Menurut polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (25 Jan), pihaknya menerima aduan sekitar pukul 11.30 malam pada 3 Januari bahawa wang tunai tersebut dicuri dari restoran itu.

Para pegawai mengenal pasti suspek dan menangkapnya di Kampung Java Road semalam (24 Jan).

Hukuman bagi kesalahan pecah rumah dan mencuri pada sebelah malam adalah penjara antara dua dengan 14 tahun dan denda.

Menerusi kenyataan media, polis menasihati para pemilik rumah supaya mengambil langkah mencegah jenayah dengan menggunakan jeriji bermutu, memasang peralatan keselamatan dan jangan menyimpan jumlah wang yang banyak di premis-premis komersil.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita