Kes Parti Liyani: Kenyataan menteri bulan depan akan jawab soalan AP, kata Desmond Tan
Kenyataan menteri yang dijangka disampaikan semasa sidang Parlimen bulan hadapan akan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh para Anggota Parlimen (AP) berhubung kes Parti Liyani, kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kenyataan menteri yang dijangka disampaikan semasa sidang Parlimen bulan hadapan akan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh para Anggota Parlimen (AP) berhubung kes Parti Liyani, kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan.
Berucap di Parlimen pada Isnin (5 Okt), Encik Tan menjawab beberapa soalan - 14 secara keseluruhan - daripada para AP mengenai kes itu.
"Agensi-agensi berkenaan sudah mempertimbangkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan menjalankan penelitian semula," kata Encik Tan. "Pengkajian semula ini masih sedang dijalankan."
Selepas pengkajian semula itu selesai, Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam akan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para AP dalam satu kenyataan menteri. Ia dijangka dilakukan pada sidang November.
Dalam komen yang diberikan kepada Mediacorp pada Jumaat lalu (2 Okt), Encik Shanmugam berkata beliau akan menyampaikan kenyataan selepas pengkajian semula oleh polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) selesai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.