Kes panahan petir maut di pantai Pasir Ris berlaku ketika awan ribut masih beberapa kilometer jauhnya: Jabatan Meteorologi
Anggaran Waktu Membaca:
Kayak yang digunakan semasa insiden dikepung oleh polis. (Gambar: CNA/Vanessa Lim)
SINGAPURA: Satu panahan petir dikesan di kawasan pantai Pasir Ris pada sekitar pukul 4.46 petang Ahad lalu (5 Jul). Ini sedang awan ribut petir utama masih berada beberapa kilometer jauhnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) pada Khamis (9 Jul).
Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp menyusuli kematian seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipanah petir ketika bermain 'paddleboard' atau papan luncur dayung di pesisir Pantai Pasir Ris Ahad lalu, agensi tersebut menjelaskan bahawa petir boleh memanah pada jarak tertentu dari awan ribut utama, walaupun keadaan ketika itu belum hujan.
Kakitangan dan saksi di tempat kejadian sebelum ini memberitahu Encik Berwin Tan - ketua pegawai operasi syarikat Outdoor Adventures, tempat mangsa bekerja - bahawa ruang angkasa kelihatan cerah sebelum insiden berlaku dan tiada siren amaran petir yang berbunyi.
Bagaimanapun, seorang pakar yang ditemu bual oleh Mediacorp menarik perhatian bahawa petir boleh bergerak sejauh 10 kilometer. Ini bermakna panahan petir yang berbahaya masih boleh berlaku walaupun langit di atas kepala kelihatan cerah.
Menurut Jabatan Meteorologi, ribut petir pada mulanya terbentuk berhampiran Yishun pada sekitar pukul 3.20 petang hari tersebut dan bergerak ke arah barat laut. Ini mendorong ramalan cuaca hujan lebat beserta petir bagi banyak kawasan di bahagian barat, tengah, dan utara Singapura.
Pada sekitar 4.30 petang, ribut petir terbentuk di sekitar Punggol dan bergerak ke arah barat menjauhi Pasir Ris, sebelum bertukar menjadi sel ribut besar yang kencang di ruang udara Selat Johor. Ramalan hujan lebat beserta petir bagi pusat bandar Pasir Ris dikeluarkan pada waktu yang sama.
Jabatan Meteorologi menyatakan petir dari awan ke darat dikesan selepas itu. Pengguna aplikasi myENV yang melanggan amaran petir sepatutnya menerima notifikasi amaran tersebut, bergantung pada tetapan pilihan mereka.
Sistem pengesanan petir agensi itu, yang meliputi Singapura dan kawasan sekitarnya dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer, merekodkan sebanyak 1,569 panahan petir pada 5 Julai.
"Data yang dikumpul sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan antara 6,400 hingga 39,600 panahan petir dikesan di kawasan-kawasan ini pada bulan Julai, manakala jumlah tahunan panahan petir berkisar antara 216,000 hingga 380,000. Rekod kami tidak menunjukkan sebarang trend ketara dalam kekerapan berlakunya petir sepanjang tahun-tahun ini," menurut Jabatan Meteorologi, yang berada di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Agensi itu turut menarik perhatian bahawa Singapura mempunyai "kekerapan petir yang tinggi, dengan purata 176 hari petir setahun." Hari petir ditakrifkan sebagai hari di mana sekurang-kurangnya satu kejadian petir dapat dilihat dengan jelas dari stesen cuaca Changi.
Pihak polis sebelum ini menyatakan mereka menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 4.50 petang dari Jalan Pasir Ris, berhampiran kawasan pantai. Encik Mikhail Benyamin, seorang tenaga pengajar sukan laut yang berpengalaman, dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Kematian Encik Mikhail mendorong para pengurus sukan luar bangunan untuk menyemak semula prosedur keselamatan mereka. Salah seorang pengurus memberitahu Mediacorp bahawa insiden ini meningkatkan tahap kesedaran tentang bahaya cuaca dalam kalangan penggiat industri sukan berkenaan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.